Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan belanja lebih S$1 bilion bagi SG Yang Lebih Sihat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Singapura akan membelanjakan lebih S$1 bilion bagi program SG Yang Lebih Sihat dalam tiga hingga empat tahun akan datang.

Lebih S$400,000 pula akan diperuntukkan sebagai kos berulang setiap tahun, bagi skim kesihatan nasional itu.

Demikian menurut Menteri Kesihatan Ong Ye Kung semasa sidang Parlimen pada Selasa (4 Okt).

Menurutnya peruntukan itu merupakan pelaburan bagi mengurangkan penderitaan hari muka, kerana peruntukan tersebut digunakan untuk pencegahan penyakit, seperti pemeriksaan dan vaksinasi percuma.

Kos kesihatan negara Singapura sekarang ini berjumlah sekitar S$22 bilion setahun.

Bagaimanapun, ia dijangka meningkat hampir tiga kali ganda kepada S$60 bilion pada 2030.

Untuk memperlahankan kadar peningkatan perbelanjaan penjagaan kesihatan, Pemerintah akan memberi lebih tumpuan kepada penjagaan pencegahan dengan harapan dapat membantu rakyat menjadi lebih sihat.

Pada masa ini, kira-kira 6 peratus daripada belanjawan penjagaan kesihatan tahunan Singapura diperuntukkan untuk penjagaan pencegahan seperti membiayai Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB). Bagaimanapun, Encik Ong berkata harapannya adalah untuk menambah jumlah itu di bawah inisiatif penjagaan kesihatan baru.

"Dengan SG Yang Lebih Sihat, pada tahun-tahun akan datang, kami akan dan kami mahu mengembangkanya - mungkin untuk menggandakan bahagian keseluruhan perbelanjaan penjagaan kesihatan," kata Encik Ong.

Tambah beliau peruntukan lebih S$1 bilion itu akan digunakan untuk membiayai sistem IT baru, keupayaan sokongan asas, dan untuk memberi "sokongan sekali sahaja" kepada doktor awam (GP) untuk meningkatkan IT yang diperlukan.

"Dalam membuat pelaburan ini, motivasi utama kami adalah untuk mengurangkan beban penyakit, mengurangkan penderitaan rakyat kami dan orang tersayang," katanya.

"Sekiranya bil perubatan negara ini naik seganda berbanding tiga kali ganda, dalam tempoh 10 tahun akan datang - kami akan menjimatkan lebih banyak daripada apa yang kami rancang untuk penjagaan pencegahan," tambahnya.
Sumber : CNA/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan