Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan bekerjasama dengan perikatan tiga pihak bagi sokong pekerja

Pemerintah akan terus bekerjasama dengan perikatan tiga pihak bagi memastikan para pekerja berada dalam kedudukan baik untuk memenuhi keperluan perniagaan yang kian berubah-ubah.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 22 Oct 2021 05:19PM Dikemas Kini : 22 Oct 2021 09:28PM

SINGAPURA: Pemerintah akan terus bekerjasama dengan perikatan tiga pihak bagi memastikan para pekerja berada dalam kedudukan baik untuk memenuhi keperluan perniagaan yang kian berubah-ubah.

Demikian menurut Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng hari ini (22 Okt).

Saranan-saranan yang dikemukakan oleh Pasukan Bertindak bagi golongan karyawan, pengurus dan eksekutif (PME), tambah Dr Tan, akan dipertimbangkan sedang pemerintah menyemak langkah-langkah sokongan bagi para pekerja tempatan.

Dalam satu catatan di Facebook, Dr Tan berkata pemerintah berkongsi matlamat perikatan tiga pihak dalam memperkukuhkan keadilan di tempat kerja dan sokongan bagi PME.

Misalnya, Dr Tan berkata Jawatankuasa Tiga Pihak mengenai Keadilan di Tempat Kerja sedang menyemak bagaimana garis panduan amalan pengambil pekerja secara adil boleh dijadikan undang-undang.

Dr Tan turut menambah, usaha memperbaharui ekonomi Singapura memerlukan usaha bersama pemerintah dengan para majikan dan pemohon kerja.

Sumber : CNA/AI/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan