Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan bantu ringankan beban kenaikan kos, kata Dr Tan See Leng

Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, memberitahu Parlimen pada Isnin (4 Apr) pemerintah sedang memantau harga makanan dengan teliti dan memastikan bekalan keperluan asas seperti minyak pembakar mencukupi.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 04 Apr 2022 07:07PM Dikemas Kini : 04 Apr 2022 09:33PM

SINGAPURA: Menteri Kedua Perdagangan dan Perusahaan, Dr Tan See Leng, memberitahu Parlimen pada Isnin (4 Apr) pemerintah sedang memantau harga makanan dengan teliti dan memastikan bekalan keperluan asas seperti minyak pembakar mencukupi.

Rantaian bekalan terjejas akibat perang Ukraine, yang menyumbang kepada kenaikan harga.

Namun, Dr Tan memberi jaminan kepada rakyat Singapura bahawa pemerintah akan membantu untuk mengurangkan beban akibat kos yang meningkat.

Menurut beliau, bekalan makanan asas negara ini tidak terjejas teruk oleh konflik Ukraine-Rusia dan Singapura belum perlu mengeluarkan simpanan bekalannya.

Sungguhpun begitu, pemerintah akan terus menambah simpanan bekalan dan mencari sumber alternatif, jika perlu.


Dr Tan juga berkata pemerintah tidak akan memberi subsidi penggunaan elektrik kerana ia tidak akan dapat dipertahankan untuk tempoh yang lama.

Sebaliknya, kata Dr Tan, pemerintah akan membantu untuk mengimbangi sebarang kenaikan harga daya tenaga secara mendadak.

Bagaimanapun dalam jangka panjang, harga elektrik perlu mengambil kira kos pemerolehan dan penghasilannya.

Sumber : CNA/ZM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan