Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemeriksaan perubatan bagi pembantu rumah, pemegang permit kerja wanita ditangguh untuk ringankan beban penyedia jagaan kesihatan: MOM

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Mar 2022 11:48AM Dikemas Kini : 02 Mar 2022 10:12PM

SINGAPURA: Pemeriksaan perubatan bagi pembantu rumah hijrahan dan pemegang permit kerja wanita yang harus dilakukan setiap enam bulan, akan ditangguhkan untuk "meringankan beban dan tekanan" yang dihadapi penyedia khidmat penjagaan kesihatan - khususnya klinik doktor umum(GP) dan poliklinik, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Rabu (2 Mac).

Majikan yang menerima notis pemeriksaan perubatan bagi pembantu rumah dan pemegang permit kerja wanita mereka pada bulan Januari dan Februari 2022, kini boleh melakukannya hingga 30 April, menurut MOM dalam satu kenyataan media.

Pekerja yang akan menerima notis mereka pada bulan Mac dan April akan diberitahu mengenai tarikh pemeriksaan yang baru melalui pos dan email mulai akhir April, tambah kementerian itu.

Pemeriksaan perubatan itu adalah untuk mengesan penyakit berjangkit seperti sifilis, HIV dan tuberkulosis serta sama ada mereka hamil.

Menurut MOM klinik masih akan
menerima pekerja yang dihantar untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan mereka.

"Namun, kami sangat menggalak majikan supaya elak daripada membawa pekerja mereka ke klinik melainkan ada keperluan untuk mendapatkan rawatan perubatan," menurut MOM.

Bulan lalu, Kementerian Kesihatan(MOH) memperkenalkan langkah baru untuk mengurangkan tekanan terhadap sistem kesihatan negara selepas Singapura mencatatkan rekod harian lebih 26,000 kes COVID-19 pada 22 Februari.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan