Pemeriksaan keselamatan lebih ketat mula dilaksana di stesen MRT terpilih
Pemeriksaan keselamatan yang dipertingkat di stesen-stesen MRT terpilih sudah dimulakan.
SINGAPURA: Pemeriksaan keselamatan yang dipertingkat di stesen-stesen MRT terpilih sudah dimulakan.
Beberapa penumpang MRT di dua stesen perlu melalui pemeriksaan serupa seperti di lapangan terbang.
Pemeriksaan rambang itu bertujuan mengekang ancaman dan bakal diperluaskan ke lebih banyak stesen secara bergilir-gilir di semua laluan MRT.
Sekitar pukul 4.00 petang tadi di stesen MRT Bukit Gombak, enam orang diperiksa secara rambang dalam masa hanya 10 minit.
Ada yang terkejut namun mengalu-alukan langkah-langkah meningkatkan keselamatan.
Sekiranya ada seorang penumpang yang membawa barangan terkawal atau terlarang, mereka akan menjalani pemeriksaan mengesan logam.
Ia mengambil masa sekitar 30 saat.
Ia dilaksanakan selepas satu percubaan selama enam bulan yang berakhir pada 2019.
Usaha itu selaras dengan Sistem Pemeriksaan Bersepadu iaitu program penilaian ancaman yang telah dijalani lebih 30,000 kakitangan pengangkutan awam yang terlatih untuk mengenal pasti barangan atau individu yang mencurigakan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.