Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemeriksaan kerja libatkan mesin berisiko tinggi dipertingkat, kata MOM

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih banyak pemeriksaan keselamatan akan dilakukan ke atas kegiatan-kegiatan sektor pengeluaran dan binaan pada bulan-bulan mendatang.

Langkah itu bertujuan mengurangkan kes kemalangan yang berakhir dengan amputasi.

Kes-kes sedemikian meningkat tahun lalu.

Pemeriksaan akan tertumpu kepada membantu syarikat-syarikat menyemak piawai alat-alat keselamatan.

Mesin-mesin berbahaya di tempat kerja boleh menyebabkan kecederaan parah kepada pekerja.

Oleh itu, terdapat syarikat-syarikat pengeluaran yang melabur dalam teknologi dan ciri-ciri keselamatan bagi mengurangkan risiko kecederaan.

Namun pihak Kementerian Tenaga Manusia (MOM) ingin syarikat-syarikat pengeluaran melakukan lebih banyak lagi.

"Sektor pengeluaran kekal sebagai penyumbang kedua terbesar bagi kes cedera parah, dengan 122 insiden pada 2022. Insiden melibatkan mesin adalah penyebab utama bagi kes-kes cedera parah itu," kata Menteri Negara Kanan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad.

"Jumlah insiden amputasi juga tidak menunjukkan tanda-tanda menjadi lebih baik. Terdapat 41 kes pada 2021, serta 42 kes pada 2022," tambahnya.

Ketika melancarkan satu kempen keselamatan pada Khamis (30 Mac), Encik Zaqy juga menggesa syarikat-syarikat yang menggunakan mesin berbahaya supaya mendapatkan pensijilan menurut piawai keselamatan industri.

Satu program baru akan membantu syarikat-syarikat mencapainya, dengan memberikan akses lebih mudah kepada pegawai pemeriksa yang dapat mengeluarkan sijil sedemikian.

Oleh itu, pihak majikan dan syarikat digesa memanfaatkan sistem sokongan sedia ada bagi meningkatkan keselamatan di tempat kerja.
Sumber : CNA/IQ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan