Pemeriksaan bangunan lebih selamat dan cepat dengan dron
Ia kemudian akan mengenal pasti sebarang kerosakan daripada satu laporan yang dijana secara automatik selepas setiap pemeriksaan. Huraian ini bertujuan mengurangkan kecederaan apabila bekerja di tempat yang tinggi.
SINGAPURA: Pemeriksaan ke atas permukaan bangunan bagi keretakan dan kerosakan kini akan lebih cepat dan selamat dengan penggunaan dron.
Ini berbanding proses pemeriksaan yang dilakukan sekarang di mana para pekerja kerap kali menggunakan lif gondola dan tali di tempat tinggi.
Teknologi ini yang pertama seumpamanya di Singapura. Ia memendekkan masa untuk melakukan pemeriksaan dari beberapa minggu kepada hanya beberapa hari.
Sistem ini menggunakan dron untuk memetik ribuan gambar sebelum memuatnaikkan semuanya ke dalam satu platform awam bagi dianalisis.
Ia kemudian akan mengenal pasti sebarang kerosakan daripada satu laporan yang dijana secara automatik selepas setiap pemeriksaan. Huraian ini bertujuan mengurangkan kecederaan apabila bekerja di tempat yang tinggi.
Syarikat perisian H3 Zoom AI ditugaskan untuk memenuhi objektif itu dengan kerjasama JTC.
Matlamatnya, untuk membantu JTC mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga manusia serta menguruskan secara lebih baik bangunan dan estet syarikat tersebut.
Buat masa ini, tiada peraturan mandatori ke atas pemeriksaan permukaan bangunan. Namun, hal ini tidak lama lagi akan berubah.
Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA) sudahpun mengusulkan supaya pemeriksaan dilakukan pada tiap tujuh tahun menyusuli beberapa insiden di mana salutan dan ciri-ciri bahagian luar terjatuh daripada bangunan.
H3 Zoom AI hanya boleh mengesan kerosakan di permukaan konkrit seperti tikas air, rekahan dinding dan kupasan cat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.