Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemergian pelakon Aloysius Pang 'satu kehilangan besar', menurut Mediacorp

Pemergian pelakon tempatan Aloysius Pang, yang cedera parah semasa latihan Angkata Bersenjata Singapura (SAF) di New Zealand, disifatkan sebagai "satu kehilangan besar", menurut Mediacorp pada Rabu (23 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Jan 2019 09:02AM Dikemas Kini : 24 Jan 2019 08:58PM

SINGAPURA: Pemergian pelakon tempatan Aloysius Pang, yang cedera parah semasa latihan Angkata Bersenjata Singapura (SAF) di New Zealand, disifatkan sebagai "satu kehilangan besar", menurut Mediacorp pada Rabu (23 Jan).

Mendiang, 28 tahun, menceburi bidang lakonan sebagai seorang pelakon kanak-kanak di Mediacorp pada 1999 dan sejak itu, beliau bekerja dengan syarikat berkenaan mengikut projek.

Mendiang meninggal dunia pada pukul 8.45 malam pada Rabu (23 Jan) di Hospital Waikato di New Zealand, di mana beliau dirawat selepas mengalami kecederaan pada bahagian dada dan badannya ketika melakukan kerja-kerja pembaikan pada meriam Howitzer.

Mendiang "mengalami kecederaan apabila lubang laras meriam berkenaan diturunkan," menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF).

Dalam satu kemas kini pada tengah hari semalam (23 Jan), kementerian itu menyatakan pelakon berkenaan berada dalam keadaan 'kritikal' dan memerlukan sistem sokongan hidup bagi paru-paru, buah pinggang dan jantungnya.

"Mediacorp dengan rasa dukacita menyampaikan takziah kepada keluarga pelakon Aloysius Pang. Aloysius membesar dengan Mediacorp, dengan memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon kanak-kanak dalam drama-drama kami pada 1999."

"Beliau dinamakan sebagai salah seorang '8 Dukes of Caldecott Hill' pada 2014, serta menerima anugerah Bakat Baru Terbaik di Star Awards 2015 dan dinobatkan sebagai antara 10 Pelakon Lelaki Paling Popular di Star Awards 2016."

"Sepanjang beberapa tahun lalu, Aloysius sudah menjadi pelakon yang matang dan baru-baru ini, beliau dipilih bagi memegang watak utama dalam drama 'My One in a Million' yang bakal disiarkan di Saluran 8," menurut Mediacorp.

Mediacorp juga menyifatkan Pang sebagai "seseorang yang amat disayangi oleh semua yang pernah bekerja dengannya" dan beliau juga "amat popular dan disayangi oleh para peminatnya".

"Beliau merupakan seorang pelakon yang amat berkebolehan dan meskipun sudah menjadi lebih mahir dan serba boleh, beliau tetap bersikap rendah diri, rajin dan sentiasa bersedia untuk membantu orang lain."

"Mendiang akan sentiasa diingati atas sikapnya yang baik hati, serta keikhlasan, kesungguhan dan profesionalisme beliau. Mendiang menghormati semua orang, terutamanya orang tua."

"Pemergiannya amat menyedihkan dan kami menyampaikan takziah kepada keluarga Aloysius, serta rakan, peminat dan rakan kerjanya di NoonTalk Media serta rakan-rakan artis dan pasukan yang bekerjasama dengannya. Kami akan melakukan sedaya upaya untuk menyokong mereka dalam masa-masa sukar ini," tambah Mediacorp. 

Sumber : CNA/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan