Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pementasan 'Wayang' singkap nostalgia filem hitam putih

Nostalgia zaman kegemilangan filem-filem hitam putih kembali 'hidup' semula menerusi pementasan 'Wayang' arahan Rafaat Haji Hamzah pada Sabtu (27 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Nostalgia zaman kegemilangan filem-filem hitam putih kembali 'hidup' semula menerusi pementasan 'Wayang' arahan Rafaat Haji Hamzah pada Sabtu (27 Ogos).

Pementasan itu merupakan salah satu acara yang diadakan di Wisma Geylang Serai sempena Bulan Bahasa.

Pementasan monolog yang menampilkan bakat-bakat seperti Najib Soiman, Awal'liyah Jaafar dan Rizal Aiman itu menyingkap nostalgia zaman kegemilangan era filem hitam putih di pawagam pada tahun-tahun 1950an dan 1960an.

Ia turut diiringi persembahan muzik oleh Rudy Djoe, Sheera J, Hardi Aris dan Orkes Engku Aman.

"Kita lihat dalam pementasan malam ini bagaimana monolog-monolog tiga watak tersebut menggunakan bahasa-bahasa yang begitu mudah untuk difaham tetapi juga menunjukkan sejarah wayang ataupun panggung wayang dalam suasana kehidupan di Geylang Serai ini," kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman yang turut hadir semasa tayangan perdana 'Wayang' pada Sabtu.

Pementasan 'Wayang' merupakan salah satu daripada pementasan budaya yang dianjurkan oleh Wisma Geylang Serai sempena Bulan Bahasa.

Sehingga 19 Oktober ini, orang ramai dapat menjangkakan pelbagai aktiviti kesenian termasuk pementasan budaya, bengkel kanak-kanak diadakan pada setiap hujung minggu di WGS.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan