Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pementasan Akar Subur diadakan semula secara fizikal; peserta dicabar cipta tari tunggal berilhamkan peribahasa Melayu

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pementasan Akar Subur bakal diadakan semula secara fizikal tahun ini. 

Edisi ketujuh pementasan itu akan mengetengahkan bakat empat pereka tari muda daripada kumpulan seni tari Melayu iaitu Teater Tari Era, Kirana Seni, Sriwana dan Azpirasi.

Tahun ini, para pereka tari muda diberi tugas mencipta dua tarian baru iaitu tradisional kreatif dan kontemporari solo atau tari tunggal yang diilhamkan daripada peribahasa Melayu.

Selama lima bulan, para pereka tari muda menjalani latihan intensif dan program bimbingan bersama seorang pembimbing yang membantu mereka mendalami selok-belok reka tari.

"Untuk Tari Tunggal, kita memberikan pereka tari ini pilihan untuk memilih peribahasa-peribahasa Melayu dan mereka cuba mengupas peribahasa Melayu dan mengetengahkan melalui pemahaman mereka dengan gandingan mentor untuk mengungkap bagaimana untuk mencipta tarian daripada peribahasa tersebut," kata Pengarah Artistik Teater Tari Era, Osman Abdul Hamid.

Misalnya, peribahasa 'Alim Bagai Katak Tepi Air' dipilih pereka tari muda Izznur Haikal Mohd Jeffrizain sebagai sumber ilham karya tari tunggal beliau.

Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, peribahasa itu bermaksud orang yang banyak ilmu tetapi dia sendiri tidak mendapat faedah daripada ilmunya itu. 

Pereka tari muda dari kumpulan Azpirasi masih lagi memperhalusi rekaan tarinya itu bagi persembahan yang dijadualkan berlangsung pada 24 dan 25 Jun ini.

"Karya tari tunggal saya bernama 'Menarikkah Saya'. Dengan unsur-unsur penonton di atas pentas bolehlah para penonton menentukan sendiri jika para penari saya itu menarik atau tidak," seloroh Encik Haikal. 

Lagi tiga peribahasa ialah:

'Orang kaya suka dimakan, orang elok selendang dunia' - Haziq Abdullah

'Mengaut laba dengan siku' - Muhammad Ubaid Yaacob 

'Kalau ibu kaya, anak jadi puteri. Kalau anak kaya, ibu jadi budak' - Eliyasari Samsuri 

Seperti para pereka tari yang lain, beliau juga teruja dapat membuat persembahan secara fizikal di depan para penonton setelah persembahan sedemikian disekat sebelum ini ekoran langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19.

"Saya rasa amat gembira Akar Subur kali ini diadakan secara 'live', ialah sudah tiga tahun kita tidak menari secara 'live' di depan penonton," kata pereka tari berusia 25 tahun itu. 

Pementasan Akar Subur 2022 akan dipersembahkan di Teater Blackbox, Pusat Seni Goodman. 

Tiket-tiket boleh didapatkan di laman ini.

Sumber : BERITA Mediacorp/HA
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan