Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemenang tiket ghairah saksikan NDP sekali lagi selepas dibuka kepada umum tahun ini

Orang ramai dilihat sudah mula beratur panjang sejak awal pagi lagi di Central Atrium, Marina Square pada Jumaat (8 Jul) untuk mendapatkan salah satu tiket paling laku bak pisang goreng panas saban tahun - iaitu tiket Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Orang ramai dilihat sudah mula beratur panjang sejak awal pagi lagi di Central Atrium, Marina Square pada Jumaat (8 Jul) untuk mendapatkan salah satu tiket paling laku bak pisang goreng panas saban tahun - iaitu tiket Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

Mereka adalah antara yang berjaya memperoleh tiket NDP 2022 menerusi undian online yang dijalankan selama lima hari dari 27 Jun hingga 1 Julai.

Meski kaunter-kaunter pengambilan tiket hanya dibuka pada pukul 10.30 pagi, kira-kira 60 orang dilihat sudah beratur menunggu giliran mereka jauh lebih awal, untuk menerima tiket bagi acara raptai NDP atau acara NDP pada 9 Ogos nanti.
Para pegawai berbaju merah dapat dilihat mengawal barisan yang semakin panjang menjalar.

Proses mengambil tiket pula amat lancar, dengan 10 kaunter dibuka. Hanya lima minit sahaja diperlukan untuk mengimbas kod QR dan mendapatkan tiket bagi acara NDP.

Bagi mereka yang belum mengambil tiket, kaunter-kaunter dibuka setiap hari Jumaat hingga Ahad dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 8.30 malam dan sehingga 17 Julai.
Menurut pemerhatian BERITAmediacorp, anda disarankan datang sekitar pukul 11.00 pagi kerana tidak terlalu ramai orang berada di sana pada waktu itu.

Salah seorang individu yang ditemui BERITAmediacorp, Cik Eryanah, 36 tahun, berasa ghairah untuk menonton NDP sekeluarga.

"Saya berasa amat teruja telah mememangi tiket ini bagi anak-anak saya yang tidak pernah menonton acara Hari Kebangsaan secara fizikal," kata beliau, yang berjaya mendapat enam keping tiket.

Yang pasti, semua yang berjaya mendapatkan tiket NDP 2022 turut merasakan kegembiraan yang sama dan tidak sabar untuk kembali ke pentas terapung bagi menyaksikan sambutan gilang gemilang ulang tahun Singapura.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan