Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemenang Pingat Budaya 2013 Cikgu Mohd Latiff Mohd meninggal dunia pada usia 72 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
Pemenang Pingat Budaya 2013 Cikgu Mohd Latiff Mohd meninggal dunia pada usia 72 tahun

Allahyarham Cikgu Mohd Latiff Mohd. (Gambar: Pantunism/Instagram)

BERITAmediacorp: Sasterawan dan penulis sajak tersohor tanah air Mohamed Latiff Mohamed menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumah Allahyarham di bandar Melbourne, Australia pada usia 72 tahun malam tadi (13 Okt).

Beliau meninggal dunia akibat sakit tua.

Demikian menurut menantu Allahyarham, Cik Rita Zuhaidah, ketika dihubungi BERITAmediacorp pada Khamis malam.

Jenazah Allahyarham, yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mohd Latiff Mohd, akan disolatkan di Masjid Kolej Al-Iman di Melbourne selepas solat Jumaat esok (14 Okt).

Beliau kemudian akan dikebumikan di Pusara Bacchus Marsh, menurut Cik Rita.

Cik Rita dijangka berangkat ke Melbourne dari Singapura pada petang esok.

SASTERAWAN MAPAN YANG DISEGANI

Dikenali sebagai salah seorang sasterawan mapan yang cukup disegani di Singapura, Allahyarham Cikgu Latiff diiktiraf dengan Anugerah Penulis Asia Tenggara pada 2002, Anugerah Tun Seri Lanang pada 2003 dan Anugerah Pengiktirafan Khas Majlis Seni Kebangsaan pada 2009.

Allahyarham juga memenangi Hadiah Sastera Singapura sebanyak tiga kali pada 2004, 2006 dan 2008 dan diiktiraf dengan Pingat Budaya pada 2013.

Allahyarham juga paling dikenali dengan karya-karya beliau mengenai jerih payah masyarakat Melayu selepas kemerdekaan Singapura.

Antara karya-karya terkenal beliau termasuk 'Segumpal api selingkar pelangi: Puisi-puisi pilihan 1967–1977' dan 'Bangsaku di hari lahirku'.

Cerpen-cerpen tulisan beliau pula termasuk 'Dalam keasingan', 'Batas langit' dan 'Nostalgia yang hilang: Cerpen-cerpen pilihan 1982–2002'.

Pada 2010, Angkatan Sasterawan ’50 mengiktiraf beliau dengan Anugerah Munsyi Abdullah atas komitmen jangka panjang kepada industri penulisan kreatif.
Sumber : BERITA Mediacorp/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan