Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemenang Anugerah Belia Inspirasi MUIS: Mokhsin Mohd Rashid pimpin 400 belia

Sejajar dengan semangat memandang ke hadapan, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memperkenalkan buat pertama kalinya Anugerah Belia Inspirasi MUIS50, demi menggalak kesinambungan semangat berbakti kepada masyarakat dalam kalangan generasi muda.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Sejajar dengan semangat memandang ke hadapan, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) memperkenalkan buat pertama kalinya Anugerah Belia Inspirasi MUIS50, demi menggalak kesinambungan semangat berbakti kepada masyarakat dalam kalangan generasi muda.

Dalam majlis ulang tahun ke-50 MUIS malam semalam (6 Okt), lima orang belia dijulang sebagai melambangkan semangat 'Rahmatan Lil Alamin' serta menjadi inspirasi kepada belia lain.

PENERIMA ANUGERAH BERI SUMBANGAN BESAR

Kumpulan pertama penerima Anugerah Belia Inspirasi itu masing-masing memberi sumbangan besar kepada masyarakat dan menjadi sumber inspirasi kepada rakan-rakan muda mereka serta masyarakat yang lebih luas.

Mereka adalah Encik Abbas Ali Mohamed Irshad, Ustaz Muhammad Zahid Mohd Zin, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid, Cik Nur Khairiana Mohamad Malek serta Mohksin Mohd Rashid.

Mereka menerima Anugerah Belia Inspirasi MUIS50 itu daripada Presiden Halimah Yacob dala majlis tersebut.

MOKHSIN MOHD RASHID, CEO MAJULAH COMMUNITY

Bagi Encik Mokhsin Mohd Rashid, minatnya yang mendalam terhadap kerja-kerja relawan berputik sejak dari muda lagi.

Petikan gambar Facebook Majulah Community. (Gambar: Majulah Community/Facebook)

Petikan gambar dari laman Facebook Majulah Community.

Jika lima tahun dahulu, Encik Mokhsin, meluangkan banyak masanya sebagai pengasas bersama Majulah Community, sebuah gerakan bukan mencari untung yang menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan, beliau kini menerajui badan tersebut sebagai CEO. Beliau memimpin lebih 400 belia.

Bahkan, masanya juga dibahagikan untuk membantu mangsa bencana alam di Kelantan dan Aceh menerusi projek 'PEDULI' pada 2014.

"Saya percaya Majulah Community, atau belia ini memang selalu 'work in progress' (tugas yang sedang diusahakan). Jadi dia tak ada satu masa yang 'Okay ini adalah tahap kejayaan yang sempurna', tapi ia adalah satu perkara yang setiap langkah itu mungkin membawa kejayaan, dan setiap langkah itu adalah penting dan kami melihat kepada pencapaian itu," ujar beliau.

BERPEGANG TEGUH KEPADA "KUASA BELIA"

Berkongsi falsafah hidupnya, Encik Mokhsin yang juga memegang jawatan Naib Pengerusi Masjid Alkaff Kampung Melayu, berpegang teguh kepada 'kuasa belia' dalam mengubah dunia.

"Saya rasa ramai yang tidak dapat lihat bagaimana kuasa belia ini dapat membantu dalam menyelesaikan banyak masalah," tambah beliau.

"Sekiranya kita dapat melahirkan generasi belia yang mantap, memperkasakan mereka, saya rasa masyarakat bukan sahaja dapat meraih faedahnya daripada ini, tetapi dapat juga faedahnya pada masa hadapan sekali." 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan