Skip to main content

Singapura

Pemegang pasport SG tidak perlu visa ke Timor-Leste di bawah perjanjian baharu

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pemegang pasport Singapura tidak lama lagi boleh pergi ke Timor-Leste tanpa perlu visa di bawah perjanjian baharu, kata Kementerian Ehwal Luar  (MFA) pada Khamis (27 Jun).

Perjanjian bebas visa itu ditandatangani  Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan dan rakan sejawatannya dari Timor-Leste, Bendito dos Santos Freitas, semasa lawatan pengenalan beliau ke Singapura.

Di bawah peraturan sekarang, pemegang pasport Singapura perlu mendapatkan visa pelancong bagi lawatan jangka pendek ke Timor-Leste.

Dengan penjanjian bebas visa bersama untuk pasport diplomatik, rasmi, perkhidmatan dan biasa, pemegang pasport Singapura akan dikecualikan daripada keperluan visa untuk tinggal sehingga 30 hari di Timor-Leste, kata MFA.

Pemegang pasport Timor-Leste akan terus menikmati sehingga 30 hari lawatan tanpa visa di Singapura.

"Perjanjian itu akan menyumbang ke arah memenuhi keperluan di bawah pelan hala tuju untuk  Timor-Leste menjadi anggota penuh Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN), dan mengukuhkan hubungan rakyat dengan rakyat antara Singapura dan Timor-Leste," kata MFA.

Encik Freitas diraikan dalam jamuan makan tengah hari oleh Dr Balakrishnan pada  Khamis, dengan kedua-dua menteri mengesahkan "hubungan yang sangat baik" antara Singapura dan Timor-Leste. 

Mereka juga mengalu-alukan penubuhan kedutaan Singapura di Dili pada April, menandakan satu peristiwa penting dalam hubungan dua hala.

“Mereka bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dua hala dalam bidang seperti pembangunan sumber manusia, perdagangan dan pelaburan, tenaga, dan pendidikan,” kata MFA.

(Gambar: MCI SG)

Encik Freitas juga menemui Perdana Menteri Lawrence Wong pada Khamis, dan mereka mengalu-alukan hubungan yang telah lama terjalin dan mesra antara Singapura dan Timor-Leste.

Encik Wong mengesahkan sokongan Singapura terhadap persiapan Timor-Leste untuk untuk menyertai ASEAN, termasuk melalui pakej Sokongan Kesediaan ASEAN (STARS) Singapura-Timor-Leste yang dilancarkan pada Disember 2022 dan Inisiatif untuk Integrasi ASEAN.

Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita