Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemegang pas kerja tinggal di dormitori tidak dibenar masuk Singapura melalui VTL: MOM

Majikan pemegang Pas S dan permit kerja dalam sektor binaan, limbungan marin dan pemprosesan tidak akan dibenarkan membuat permohonan baru untuk pekerja mereka memasuki Singapura melalui laluan penumpang sudah divaksin (VTL) mulai 11.59 malam pada Sabtu (4 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemegang pas kerja tinggal di dormitori tidak dibenar masuk Singapura melalui VTL: MOM

Dormitori pekerja asing. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 04 Dec 2021 04:33PM Dikemas Kini : 04 Dec 2021 04:35PM

SINGAPURA: Majikan pemegang Pas S dan permit kerja dalam sektor binaan, limbungan marin dan pemprosesan tidak akan dibenarkan membuat permohonan baru untuk pekerja mereka memasuki Singapura melalui laluan penumpang sudah divaksin (VTL) mulai 11.59 malam pada Sabtu (4 Dis).

Peraturan ini meliputi juga majikan pemegang pas kerja lain yang akan tinggal di dormitori pekerja hijrahan, kata Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam satu kenyataan media.

Pemegang pas kerja warga Malaysia dan pekerja wanita masih akan dibenarkan masuk ke Singapura melalui VTL dan harus mematuhi protokol kesihatan sedia ada, menurut kementerian itu, sambil menjelaskan bahawa ini kerana individu-individu tersebut "biasanya tidak tinggal di dormitori".

Kementerian itu menambah bahawa pemegang Pas S dan permit kerja dalam sektor binaan, limbungan marin dan pemprosesan, serta pekerja lain yang akan tinggal di dormitori, harus memasuki negara ini melalui laluan biasa bagi pemegang pas kerja.

Mereka juga boleh memasuki Singapura melalui inisiatif industri sedia ada seperti program dengan ujian dan pengasingan di negara asal.

"Bilangan pekerja yang masuk di bawah laluan-laluan ini memenuhi keperluan perusahaan sambil membenarkan kemasukan pekerja ini dilakukan dengan selamat sebelum memasuki dormitori dan tapak kerja kerana tempat-tempat ini adalah sekitaran berisiko tinggi," jelas MOM.

Kementerian itu menyatakan pekerja sedemikian yang sudahpun mendapatkan kelulusan sebelum tarikh berkuat kuasa untuk memasuki Singapura melalui VTL masih akan dibenarkan berbuat demikian.

"Mereka perlu mengambil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) COVID-19 semasa ketibaan dan mengasingkan diri sementara menunggu keputusan. Mereka yang diuji negatif akan melalui program persiapan bekerja selama lima hari. Butiran lanjut akan dimaklumkan kepada majikan," tambahnya.

Program tersebut adalah syarat sedia ada bagi pekerja baru di sektor binaan, limbungan marin dan pemprosesan. Ia termasuk pengesahan vaksinasi dan pemeriksaan perubatan.

Singapura pada Jumaat mengumumkan peraturan lebih ketat bagi pelawat VTL berikutan risiko varian Omicron.

Singapura juga mengumumkan minggu lalu, pelancaran aturan VTL dengan Qatar, Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu ditangguhkan "sehingga diberitahu kelak". Laluan VTL tersebut dijadualkan bermula 6 Disember.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan