Pemegang lesen pengeluar makanan didenda S$4,000 atas serangan serangga yang 'serius'
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SFA
SINGAPURA: Pemegang lesen pengeluar makanan Ever Dragon Foodstuff didenda S$4,000 pada Isnin (28 Ogos) disebabkan kesilapan yang dibuat, termasuk serangan serangga.
Denda tersebut dikenakan ke atas Cheong Ah Kiong, seorang warga Singapura, lebih setahun selepas Agensi Makanan Singapura (SFA) memeriksa unit pemprosesan makanan syarikat tersebut di Ubi.
SFA menyatakan semasa pemeriksaan tersebut dijalankan pada 15 Jun 2022, pegawai mengesan "serangan serangga yang serius" dan pengurusan premis berkenaan yang lemah.
Terdapat lipas hidup dan mati, kegiatan tikus dan bangkai tikus yang reput, dedah SFA tahun lalu apabila ia mengarahkan Ever Dragon Foodstuff untuk menggantung operasinya di unit tersebut. Pemegang lesen tersebut juga diberitahu untuk menarik balik produk "you tiao" yang diagihkan kepada beberapa gerai makanan sebagai langkah berjaga-jaga.
SFA menyatakan pada Isnin bahawa unit pemprosesan makanan tersebut juga mengeluarkan produk-produk, yang tidak diluluskan di bawah lesen syarikat tersebut.

Agensi tersebut memberi amaran bahawa tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap pengendali makanan, yang tidak mematuhi syarat-syarat keselamatan makanan.
Pesalah boleh didenda sehingga S$5,000. Jika ia merupakan kesalahan yang berulang, mereka boleh selanjutnya dikenakan denda sehingga S$100 setiap hari atau sebahagiannya di mana kesalahan tersebut diteruskan selepas sabitan.
Orang ramai yang berdepan dengan amalan keselamatan makanan yang buruk di tempat makan dinasihati supaya tidak melanggani cawangan tersebut.
Mereka juga boleh memberi maklum balas melalui laman SFA.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.