Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemegang biasiswa luar negara diberi pilihan belajar di dalam negeri

Para pemegang biasiswa yang melanjutkan pelajaran di luar negara kini diberikan pilihan untuk meneruskan pengajian di dalam negeri sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 May 2020 06:55PM Dikemas Kini : 30 May 2020 10:54PM

SINGAPURA: Para pemegang biasiswa yang melanjutkan pelajaran di luar negara kini diberikan pilihan untuk meneruskan pengajian di dalam negeri sahaja.

Pilihan ini disediakan menyusuli pandemik COVID-19 dan ia antara lain akan ditawarkan biasiswa berprestij Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC).

Setiap tahun, PSC lazimnya menawarkan sekurang-kurangnya 70 biasiswa - sebahagian besarnya bagi pengajian di luar negara.

Sungguhpun ada pilihan, PSC menyatakan sejauh ini belum ada dalam kalangan penerima biasiswa yang memilih untuk sebaliknya meneruskan pengajian dalam negeri kerana pengajian luar negara kemungkinan besar boleh dimulakan secara online.

Menurut PSC lagi, mereka yang memutuskan untuk beralih kepada pendidikan dalam negeri, akan menjalani tempoh bon empat tahun. Ini berbanding bon lima atau enam tahun jika belajar di seberang laut.

PSC juga akan menyemak semula langkah menawarkan kedua-dua biasiswa dalam dan luar negeri - bagi tempoh permohonan seterusnya pada September depan.

PSC menerima lebih 2,000 permohonan tahun ini.  

Sumber : CNA/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan