Pemecatan SingPost: Garis masa mengenai apa yang diketahui setakat ini
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: Thomas White/Reuters)
SINGAPURA: Singapore Post pada 21 Disember lalu, memecat tiga eksekutif tertingginya dalam satu langkah yang disifatkan para pakar sebagai "belum pernah berlaku sebelum ini" bagi sesebuah firma Singapura.
Syarikat itu memberhentikan tugas CEO kumpulannya Vincent Phang, ketua kumpulan pegawai kewangan (CFO) Vincent Yik dan ketua eksekutif unit perniagaan antarabangsa SingPost Li Yu.
SingPost menjelaskan ia adalah disebabkan "kecuaian melampau" dalam cara mereka menangani siasatan dalaman terhadap satu laporan pemberi maklumat.
Berikut adalah apa yang diketahui setakat ini mengenai saga tersebut:
22 Disember 2024: SingPost menyatakan dalam satu pemfailan Bursa Singapura (SGX) pada Ahad bahawa ia telah memecat CEO kumpulannya, CFO kumpulannya dan ketua eksekutif unit perniagaan antarabangsa pada hari sebelumnya.
Syarikat tersebut telah menerima satu laporan pemberi maklumat pada awal tahun 2024 mengenai perniagaan logistik bungkusan e-dagang antarabangsa syarikat.
Aduan itu mendakwa terdapat kemasukan manual bagi kod status penghantaran tertentu oleh unit perniagaan antarabangsa SingPost.
Ini adalah bagi penghantaran bungkusan antarabangsa yang syarikat itu setuju untuk hantar di bawah perjanjian dengan "salah satu pelanggan terbesarnya". Pelanggan itu bagaimanapun tidak dinamakan.
Kemasukan manual itu dipercayai dilakukan dengan niat untuk mengelak denda kontrak di bawah perjanjian tersebut. Terdapat tiada sebarang asas untuk berbuat demikian dan ia dilakukan tanpa mana-mana dokumen yang menyokong.
Satu siasatan dilancarkan, dan prosiding disiplin diambil terhadap tiga pengurus. Mereka dipecat dan satu aduan polis dibuat terhadap mereka.
Penasihat profesional luar telah dilantik untuk mengkaji semula perkara itu secara bebas daripada pihak pengurusan.
23 Disember 2024: Dua daripada tiga eksekutif kanan yang dipecat - Encik Phang dan Encik Yik - mengeluarkan satu kenyataan, yang mengatakan bahawa pemberhentian mereka tidak adil dan tanpa alasan.
Mereka menyuarakan kekecewaan terhada keputusan itu dan mengatakan bahawa mereka akan "bersungguh-sungguh mencabar" pemecatan mereka.
Encik Phang dan Encik Yik berkata bahawa mereka telah bertindak mengikut garis panduan syarikat mengenai laporan pemberi maklumat tersebut dan bertindak demi kepentingan terbaik syarikat itu.
Pada hujung hari perdagangan itu, saham SingPost menyaksikan penjualan mendadak, dan saham itu merosot sebanyak 10.7 peratus.
Pada malam hari itu, Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengeluarkan nasihat kepada SingPost untuk "menegakkan tadbir urus dan proses yang betul" dan menyatakan pihaknya sedang memantau situasi tersebut dengan teliti.
24 Disember 2024: Sehari selepas bekas kumpulan CEO dan CFO kumpulan itu mengatakan mereka akan mencabar keputusan pemecatan mereka, SingPost menegaskan bahawa pihaknya "yakin" dengan pendirian undang-undangnya.
Seorang jurucakap memberitahu Mediacorp bahawa ia akan "menangani perkara itu pada masa dan ruang yang sesuai jika perlu", tetapi tidak dapat memberikan sebarang ulasan lanjut "disebabkan kemungkinan litigasi".
29 Disember 2024: SingPost mengemukakan dua pemfailan di SGX, pada Ahad - satu dengan jawapan kepada pertanyaan Persatuan Pelabur Sekuriti (SIAS) dan satu lagi dengan kenyatan media serta jawapan bagi soalan daripada rakan kongsi.
SIAS mengajukan pertanyaan sekiranya SingPost akan menerbitkan penemuan penting dalam laporan siasatan dalaman itu.
Dalam jawapannya kepada pengawas pelabur runcit itu, SingPost merujuk kepada pengumuman yang dibuat sebelum ini dan menyatakan bahawa ia tidak akan menerbitkannya.
Syarikat itu mendedahkan garis masa terperinci peristiwa kepada pihak berkepentingannya, dengan mengatakan bahawa keputusannya untuk memecat tiga eksekutif tertinggi itu "dipertimbangkan dengan teliti".
Syarikat itu turut melantik seorang CEO baharu bagi unit perniagaan antarabangsa, dengan pelantikan CEO kumpulan yang baharu diumumkan "tidak lama lagi".
31 Disember 2024: Dua hari selepas pengumuman SingPost dan garis masa yang diperincikan itu, Encik Phang dan Encik Ying menyatakan dalam satu kenyataan bersama bahawa mereka tidak tahu fakta penuh perkara itu semasa diminta memberi pandangan mereka ketika siasatan dalaman dijalankan.
SingPost sebelum ini mendakwa mereka telah membuat "dakwaan palsu" semasa siasatan ke atas pemalsuan data penghantaran bungkusan unit tersebut.
Encik Phang dan Encik Yik berkata mereka diminta memberi pandangan pada 11 Mac dan 3 April dan "memberi respons sewajarnya berdasarkan fakta yang diberikan kepada kami pada waktu itu".
"Fakta penuh hanya kami ketahui selepas siasatan pasukan forensik luar menentukan hubungan sebab musabab pada 27 April 2024," tambah mereka.
Mereka turut menambah "sebilangan besar" daripada penghantaran yang dipersoalkan dikaitkan dengan destinasi, di mana terdapat isu-isu yang diketahui, misalnya, zon konflik seperti di Israel.
2 Januari 2025: SingPost menyatakan mereka sedang bekerjasama dengan pelanggannya untuk mengenal pasti alternatif yang sesuai, apabila timbulnya "keadaan yang tidak dijangka" yang secara tidak langsung bermakna penghantaran tidak dapat dilakukan.
Itulah pendekatan umum syarikat itu, dan bukannya membuat kemasukan data manual palsu "kegagalan penghantaran" palsu apabila tiada percubaan penghantaran dibuat.
Ia menyatakan kontraknya mempunyai klausa untuk meliputi situasi di mana, ia terlalu berbahaya untuk melakukan penghantaran.
Ini termasuk dalam situasi berlakunya sebarang tindakan permusuhan, keadaan cuaca, atau sebarang keadaan lain yang menjejaskan bekalan barangan dan perkhidmatan.
SIAS juga menggesa satu siasatan profesional bebas dijalankan ke atas pemecatan itu, disebabkan keseriusan insiden itu dan banyak persoalan yang semakin timbul.
SingPost menyatakan bahawa pihaknya terbuka kepada perbincangan dengan badan pemerhati pelaburan runcit tersebut.

Sumber : CNA
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.