Pembuli di sekolah akan dikenakan hukuman lebih berat, termasuk digantung sekolah dan disebat
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Para pelajar yang terlibat dalam perbuatan membuli boleh digantung sekolah, disebat dan diberikan gred kelakukan lebih rendah di bawah rangka kerja lebih tegas bagi salah laku pelajar yang diumumkan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (15 Apr).
Di bawah garis panduan baharu itu - serupa dengan yang diperkenalkan bagi kesalahan menghisap vape - pesalah kali pertama bagi salah laku serius boleh ditahan selama satu hingga tiga hari dan/atau digantung sekolah.
Gred kelakuan mereka juga akan diubah dan para pelajar tingkatan atas boleh dikenakan satu kali sebatan jika terhadap faktor yang memburukkan keadaan.
Bagi kesalahan sangat serius, pesalah kali pertama boleh ditahan selama tiga hingga lima hari atau digantung sekolah dan diberikan gred kelakuan "Sederhana".
Para pelajar lelaki di tingkatan atas boleh dikenakan sebatan sehingga dua kali.
Para pesalah berulang kesalahan sangat serius boleh ditahan selama lima hingga 14 hari atau digantung sekolah, diberikan gred kelakuan "Lemah" dan dikenakan sebatan sehingga tiga kali bagi para pelajar tingkatan atas.
Langkah-langkah itu akan diseimbangkan dengan pendekatan pemulihan termasuk kaunseling, menurut MOE.
Gred kelakuan diberikan pada setiap penggal persekolahan dan biasanya diambil kira apabila para pelajar memohon penyertaan bagi program-program tertentu atau sekolah lain di masa hadapan.
Dalam menilai sama ada kesalahan itu adalah serius atau sangat serius, pihak sekolah akan menimbangkan faktor-fatkro seperti kesan perbuatan itu, niat pelaku, sama ada perbuatan itu dilakukan secara berulang dan sama ada pelajar itu adalah pesalah berulang.
Kesalahan serius termasuk bergaduh, serangan fizikal dan kesalahan buli sosial berulang kali dengan niat jelas menyebabkan bahaya.
Kesalahan sangat serius melibatkan tingkah laku berterusan atau degil walaupun adanya campur tangan, atau kes-kes yang perlukan siasatan polis.
Sebelum ini, pihak sekolah mengamalkan pendekatan berperingkat bagi disiplin berdasarkan tahap serius kes tersebut, bermula dengan renungan bagi kes-kes ringan hingga ke hukuman tahanan, digantung sekolah atau disebat bagi kesalahan lebih serius.
Dalam sesetengah kes serius, aduan polis mungkin dibuat.
Namun terdapat perbezaan terhadap bagaimana setiap sekolah mengendalikan kes-kes sedemikian, kata Menteri Pendidikan Desmond Lee, yang menambah bahawa rangka kerja lebih menyeluruh bertujuan memastikan pendekatan lebih konsisten di setiap sekolah.
Antara 2021 hingga 2025, sekolah-sekolah mencatatkan purata tiga kes buli bagi setiap 1,000 murid sekolah rendah dan lapan bagi setiap 1,000 pelajar sekolah menengah, menurut MOE.
Ini berbanding dengan tempoh lima tahun sebelum ini iaitu daripada 2020 hingga 2024, apabila jumlahnya adalah sekitar dua kes bagi setiap 1,000 murid sekolah rendah dan enam bagi setiap 1,000 pelajar sekolah menengah.
Garis panduan baharu itu tertakluk bukan sahaja kepada kes buli tetapi juga kepada bentuk salah laku yang lain, seperti mencuri dan vandalisme dan ia akan dilaksanakan di kesemua sekolah menjelang permulaan 2027.
MOE menyatakan pihak sekolah akan mengekalkan budi bicara untuk mengenakan kesan akibat berasaskan sekolah tambahan berdasarkan penilaian mereka terhadap setiap kes.
Faktor-faktor mitigasi seperti usia pelajar, tahap kematangan, keperluan pendidikan khas dan kesejahteraan mental - juga akan dipertimbangkan sebelum sebatan dilaksanakan.
Kesan akibat berasaskan sekolah mungkin termasuk menulis renungan atau mengarahkan para pelajar supaya berkongsi pengajaran yang ditimba bersama rakan-rakan mereka.
GARIS PANDUAN LEBIH JELAS
Langkah tersebut dilaksanakan menyusuli semakan menyeluruh terhadap bagaimana pihak sekolah mengendalikan kes-kes buli dan perbuatan menyakiti yang lain, menyusuli siri kejadian yang menarik keprihatinan awam.
Pada 2025, tiga murid Sekolah Rendah Sengkang Green digantung sekolah setelah mereka mengancam untuk membunuh seorang rakan sekelas dan keluarga mereka.
Pada awal tahun itu, rakaman video yang tular online menunjukkan beberapa remaja mengugut seorang budak lelaki menggunakan pisau, serta satu kes pergaduhan berasingan melibatkan pelajar Sekolah Menengah Monfort.
'Tingkah laku menyinggung perasaan' termasuk insiden berlaku sekali seperti komen tidak sensitif atau serangan fizikal, manakala buli merujuk kepada perbuatan yang dilakukan secara sengaja dan berulang kali, menurut MOE.
Selain langkah disiplin, MOE menggariskan langkah-langkah tambahan untuk menangani isu buli di sekolah, seperti pemberian dana bagi tenaga kerja dan menyediakan wadah laporan yang lebih mudah untuk diakses.
Pihak sekolah juga akan menerima garis panduan lebih jelas meliputi kawasan seperti garis masa tindak balas, perancangan keselamatan, kaunseling dan amalan pemulihan untuk memastikan kes-kes dikendalikan tepat pada masanya dan secara konsisten, menurut kementerian itu.
Apabila berlaku kes buli, pihak sekolah kini akan mengikuti proses berstruktur yang mengutamakan keselamatan pelajar sambil menangani punca utama.
Ini termasuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan segera, menjalankan siasatan dan menggunakan tindakan disiplin sewajarnya.
Sepanjang proses itu, pihak sekolah akan memaklumkan para ibu bapa pada peringkat penting, bekerjasama dalam langkah keselamatan dan mengutamakan kesejahteraan semua pelajar yang terlibat, menurut kementerian itu.
Langkah-langkah dipertingkat itu akan dilaksanakan secara bertahap-tahap mulai tahun ini.
Bagi kes-kes berkaitan siber, para pelajar dan guru yang terjejas oleh bahaya online - seperti gangguan, 'doxxing' dan penyebaran imej intim - boleh mendapatkan bantuan melalui Suruhanjaya Keselamatan Online, yang mula beroperasi pada hujung Jun.
Para mangsa dinasihatkan supaya melaporkan terlebih dahulu kandungan berbahaya kepada platform media sosial berkaitan.
Jika tiada tindakan diambil dalam masa 24 jam, mereka boleh merujuk kes itu kepada suruhanjaya berkenaan, yang mempunyai kuasa untuk mengarahkan supaya kandungan berbahaya itu dipadam.
MOE menambah pihak sekolah akan bekerjasama dengan pelajar dan keluarga mereka untuk menangani tingkah laku online kurang sesuai dan memberikan bimbingan sewajarnya.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.