Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembukaan semula sempadan S'pura-M'sia dapat bantu kedua-dua negara bangkit lebih kukuh dari pandemik: PM Lee

Singapura dan Malaysia bersetuju bagi pembukaan lanjut sempadan darat dan udara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Singapura dan Malaysia bersetuju bagi pembukaan lanjut sempadan darat dan udara kedua-dua negara.

Demikian menurut Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong dalam satu catatan Facebook pada Khamis (24 Mac) selepas beliau bercakap dengan rakan sejawatannya di Malaysia menerusi panggilan telefon, susulan ucapannya tentang perkembangan situasi COVID-19 di Singapura.

"Memandangkan kedua-dua negara telah mencapai kemajuan yang baik dalam menguruskan pandemik itu, kami bersetuju untuk terus membuka semula sempadan darat dan udara kami.

Ini adalah langkah utama ke arah hidup dengan COVID-19 dan akan membantu kedua-dua negara bangkit lebih teguh daripada krisis," kata PM Lee.

Menurutnya butiran mengenai pembukaan semula sempadan Singapura-Malaysia sedang diusahakan dan akan diumumkan apabila siap kelak.

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan