Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembukaan sempadan M'sia satu arah yang tepat, kata Menteri Sarawak

Anggaran Waktu Membaca:
Pembukaan sempadan M'sia satu arah yang tepat, kata Menteri Sarawak

Gambar: Bernama

Diterbitkan : 09 Mar 2022 09:44AM Dikemas Kini : 09 Mar 2022 09:45AM

KUCHING: Pengumuman negara akan memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ dan pembukaan semula sempadan pada 1 April dilihat sebagai satu tindakan yang tepat kerana secara ekonominya, negara tidak mampu untuk terus menutup sempadannya.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Pesembahan Malaysia, Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata tindakan yang sama sudahpun diambil oleh beberapa negara lain di seluruh dunia selepas dua tahun dilanda COVID-19.

“Australia sudah buka sempadan mereka pada 12 Februari, juga Filipina serta negara jiran Indonesia dan Singapura. Kita perlu terima kenyataan bahawa COVID-19 akan sentiasa ada tetapi dengan langkah-langkah berjaga-jaga, perang kami terhadap peningkatan kes akan tamat tidak lama lagi,” kata beliau mengulas pengumuman Perdana Menteri itu.

Beliau berkata kerajaan Sarawak adalah antara beberapa kerajaan negeri yang sudah merangka Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 (PCDS) dalam usaha berterusannya memastikan agenda pembangunan negeri masih mengikut yang dirancang dalam jangka masa panjang.

“Kita memerlukan perkara yang baik ini kerana kehidupan orang ramai dipertaruhkan dan bersama-sama kita perlu terus kerja keras bagi memastikan kehidupan setiap orang kembali normal,” kata beliau.

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa (8 Mac) mengumumkan bahawa negara akan memasuki Fasa ‘Peralihan ke Endemik’ dan membuka semula sempadan bermula 1 April.

BACA: Sempadan M'sia dibuka sepenuhnya pada 1 Apr; mula beralih ke fasa endemik

Encik Ismail Sabri berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan