Skip to main content

Singapura

Pembuat filem SG sasar perkukuh rangkaian luar negara bagi elak tarif Amerika

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 May 2025 08:43PM Dikemas Kini : 10 May 2025 10:38PM

SINGAPURA: Para penerbit filem tempatan mengintai peluang untuk mengukuhkan perkongsian di rantau ini, sedang Washington mengumumkan tarif 100 peratus ke atas filem-filem yang dibuat di luar Amerika.

Meskipun butiran mengenai tarif itu masih belum jelas, para penerbit filem setempat berkata penglibatan global diperlukan dalam mencipta dan mengedarkan filem.

Seorang pengamat industri berkata banyak negara di dunia menawarkan potongan cukai bagi filem-filem yang dihasilkan di negara masing-masing.

Namun, tidak jelas jika tarif terbaharu Washington turut dikenakan ke atas filem-filem Amerika yang memanfaatkan pemotongan cukai sedemikian. 

Sebuah syarikat yang membuat penerbitan maya menyatakan, kebanyakan tempahannya kini bagi rancangan-rancangan untuk wadah penstriman seperti Netflix dan Amazon. 

Pengasas bersama, X3D Studio
Penerbit Eksekutif, Refinery Media, Karen Seah berkata: "Firma-firma penstriman memiliki pejabat di serata dunia dan mereka yang meningkatkan dan mendorong kandungan dengan bahasa tempatan dan asing, kerana mereka cuba menambah pelanggan mereka di keliling dunia. 

"Jadi gangguan ini  memaksa kami untuk mengalihkan semula tumpuan ke dalam negeri serta peluang serantau. 

"Khidmat perfileman kami, termasuk penerbitan maya, akan utamakan penerbitan bersama di peringkat tempatan dan Asia, bagi mengimbangi kerugian daripada projek-projek Amerika yang kami bayangkan."

Sumber : CNA/FZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita