Pembonceng wanita 38 tahun maut dalam nahas motosikal dengan lori jongket di Jurong East
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: SG Road Vigilante/Facebook
SINGAPURA: Seorang pembonceng motosikal berusia 38 tahun terbunuh dalam nahas dengan sebuah lori jongket di Jurong Town Hall Road pada pagi Rabu (18 Okt).
Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan di Jurong Town Hall Road menghala ke Bukit Batok Road pada 7.40 pagi Rabu.
Wanita itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Penunggang motosikal tersebut, seorang lelaki berusia 38 tahun, dikejarkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong dalam keadaan sedar.
Mediacorp difahamkan bahawa mereka berdua adalah pasangan yang saling mengenali satu sama lain.
Klip video kemalangan itu yang dimuat naik ke laman Facebook SG Road Vigilante menunjukkan motosikal itu tergelincir di lorong paling luar, sebelum terjatuh ke tepi.
Lori jongket itu pula dilihat di tengah-tengah jalan raya tiga lorong itu.
Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.