Pembohongan Pritam 'bukan perkara remeh', jejas kepercayaan rakyat SG terhadap Parlimen
Apabila seseorang Anggota Parlimen (AP) berbohong kepada Parlimen dan jawatankuasanya, ia "melangkaui kelalaian peribadi atau kesilapan taktikal", kata Ketua Dewan Indranee Rajah pada Rabu (14 Jan).
Anggaran Waktu Membaca:
Ketua Dewan Indranee Rajah berucap di Parlimen pada 14 Jan 2026.
SINGAPURA: Apabila seseorang Anggota Parlimen (AP) berbohong kepada Parlimen dan jawatankuasanya, ia "melangkaui kelalaian peribadi atau kesilapan taktikal", kata Ketua Dewan Indranee Rajah pada Rabu (14 Jan).
"Ia menjejas kepercayaan rakyat Singapura terhadap Parlimen, serta kewajipan serius yang kita pikul kepada rakyat," katanya semasa membentangkan usul bagi menggesa AP supaya "menyatakan kekesalan" terhadap tingkah laku ketua Parti Pekerja (WP) Pritam Singh dan bahawa ia "menjadikannya tidak sesuai untuk teruskan" peranannya sebagai Ketua Pembangkang (LO).
Usul pada Rabu itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi menolak rayuan Encik Pritam terhadap sabitannya kerana berbohong kepada Jawatankuasa Hak Istimewa Parlimen (COP) mengenai kes melibatkan mantan AP Raeesah Khan.
Sambil menekankan betapa seriusnya perkara itu, Cik Indranee, yang merupakan AP GRC Pasir Ris-Changi berkata salah laku Encik Pritam "bukan perkara remeh".
"Ia melibatkan beberapa pembohongan kepada beberapa individu pada waktu yang berbeza, membimbing seorang AP muda untuk melakukan perkara yang salah dan kegagalan kepimpinan," katanya.
Pada masa yang sama, Cik Raeesah merupakan AP penggal pertama yang memasuki parlimen sebagai sebahagian daripada pasukan WP di GRC Sengkang - iaitu kali kedua parti pembangkang memenangi sebuah GRC di Singapura.
Cik Indranee berkata kejujuran dan integriti bukanlah prinsip abstrak atau nilai-nilai pilihan dalam demokrasi Parlimen Singapura, tetapi merupakan "asas kepercayaan awam".
"Kuasa Dewan ini tidak bergantung pada undang-undang sahaja. Ia bergantung pada keyakinan dan kepercayaan yang Rakyat Singapura ada terhadap Parlimen - dalam proses dan anggotanya. Keyakinan dan kepercayaan ini boleh hilang," katanya.
"Inilah sebabnya Parlimen mesti menegaskan bahawa anggotanya sentiasa bercakap benar dan bertindak dengan integriti, walaupun ia bukan mudah dari segi politik untuk berbuat demikian."
Ketua Dewan berkata walaupun peraturan Parlimen tidak membenarkan AP untuk merenung "watak dan kelakuan" AP lain atau membuat tuduhan yang bersifat peribadi, terdapat pengecualian.
Ini termasuk apabila ia berkaitan dengan kelakuan dalam peranan sebagai AP dan jika terdapat usul substantif mengenai perkara tersebut, seperti yang dibangkitkan olehnya.
Selain meminta Dewan untuk menyatakan kekesalan terhadap tingkah laku Encik Pritam, usul tersebut juga meminta AP supaya bersetuju jika beliau terus berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang, ia "akan melemahkan kedudukan Parlimen dan keyakinan awam terhadap integriti sistem politik Singapura".
Usul tersebut juga menyatakan bahawa penghakiman Mahkamah Tinggi dan dapatan COP mempunyai implikasi terhadap pengerusi Parti Pekerja (WP) Sylvia Lim dan naib pengerusi WP Faisal Manap, yang perlu dipertimbangkan secara berasingan.
Cik Indranee berkata usulnya bukan untuk meminta Parlimen supaya mengenakan sebarang denda atau sekatan terhadap Encik Pritam, kecuali untuk meluahkan pandangan terhadap tingkah lakunya.
Usul itu juga bukan untuk melucutkan Encik Pritam sebagai Ketua Pembangkang, iaitu satu keputusan yang terletak pada Perdana Menteri Lawrence Wong, katanya.
Untuk tujuan itu, beliau menjelaskan dalam ucapannya mengapa ia "jelas dan tidak diragukan lagi" bahawa kelakuan Encik Pritam adalah "tidak terhormat dan tidak sesuai" sebagai seorang AP, dan bahawa beliau gagal mematuhi piawai dan keperluan yang diharapkan sebagai Ketua Pembangkang.
Beliau menggesa AP yang bersetuju supaya mengundi menyokong usul itu.
"Jika mereka tidak bersetuju dan ingin mengundi bagi menentang, mereka perlu memberi justifikasi kepada Dewan dan kepada rakyat Singapura mengapa Singapura harus menerima piawai kejujuran dan integriti yang lebih rendah daripada pemimpin politik mereka," katanya.
TIADA SATU PUN KESILAPAN
Dalam ucapannya, Cik Indranee berkata penemuan mahkamah membuktikan "banyak fakta yang membimbangkan tentang kelakuan Encik Pritam".
Encik Pritam pada dasarnya mengarahkan Cik Raeesah supaya menyembunyikan pembohongan itu, memberitahunya supaya "teruskan pembohongan hingga bawa ke kubur", dan kemudian membimbingnya untuk meneruskan dengan pembohongan itu, kata Cik Indranee.
Cik Raeesah memberi ucapan di Parlimen pada 3 Ogos 2021, di mana beliau berkongsi pengalaman menemani seorang mangsa serangan seksual ke balai polis tiga tahun lalu, iaitu satu anekdot yang akhirnya didapati tidak benar.
Encik Pritam juga gagal mendedahkan kepada Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) WP bahawa beliau menyedari tentang pembohongan Cik Raeesah dan pelibatannya sendiri, kata Cik Indranee.
Beliau menambah bahawa Encik Pritam juga berbohong kepada rakyat Singapura bahawa beliau menolak secara terbuka keterangan Cik Raeesah mengenai perkara itu, dan juga berbohong sebanyak dua kali kepada COP mengenai pelibatannya sendiri.
Berpegang kepada kenyataan tidak benar semasa memberi keterangan dalam perbicaraannya pada 2024 bermakna beliau juga berbohong kepada mahkamah, kata Cik Indranee.
"Secara ringkasnya, ini bukan satu kesilapan sahaja. Encik Pritam bukan sahaja berbohong, tetapi berbohong berulang kali - kepada COP, kepada orang awam dan kepada mahkamah, mengukuhkan pembohongannya setiap kali. Beliau juga tidak berterus terang kepada partinya sendiri," katanya.
Cik Indranee berkata "titik perubahan" hanya berlaku selepas mantan setiausaha agung Parti Pekerja (WP), Low Thia Khiang terlibat dalam kes itu, dan selepas itu Encik Pritam dan pemimpin WP yang lain memutuskan untuk berterus-terang.
Encik Pritam dan pengerusi parti WP Sylvia Lim berunding dengan Encik Low pada 11 Oktober 2021 mengenai apakah langkah-langkah yang perlu diambil mengenai pembohongan itu.
"Encik Low yang menekankan kepada Encik Pritam dan Cik Lim bahawa Cik Raeesah perlu menjelaskan kenyataan tidak benar itu dan memohon maaf kepada Parlimen, tidak kira sama ada ia mungkin diketahui sendiri oleh pemerintah," kata Cik Indranee.
Ketua Dewan berkata kegagalan Encik Pritam, Cik Lim dan naib pengerusi WP Faisal Manap untuk mengisytiharkan kepada CEC WP dan anggota parti bahawa mereka sebenarnya tahu mengenai pembohongan itu selama berbulan-bulan, merupakan perkara yang paling membimbangkan mengenai kejadian itu.
"Terlalu banyak pembohongan - ia saling bertindih, satu di atas yang lain, setiap satu untuk menutup pembohongan sebelumnya," katanya.
"Dan ia merupakan satu masalah kerana Encik Pritam juga adalah Ketua Pembangkang."
PARLIMEN TIDAK MAMPU TUNGGU WP
Dalam ucapannya, Cik Indranee juga mempersoal garis masa di mana WP menyatakan ia boleh menangani isu tersebut.
WP mengumumkan pada 3 Januari lalu - sebulan selepas keputusan mahkamah tinggi - bahawa ia akan membentuk sebuah panel disiplin bagi menentukan jikalau Encik Pritam melanggar perlembagaannya.
Panel tersebut akan menyimpulkan dapatannya dalam tempoh tiga bulan, dengan persidangan anggota kader khas diadakan selepas itu.
"Ia agak pelik kerana WP boleh bertindak begitu tegas dalam kes Cik Raeesah dan Encik Perera - di mana tiada sebarang penemuan mahkamah mengenai tingkah laku mereka," katanya sambil merujuk kepada kes mantan AP Aljunied Leon Perera yang meletak jawatan dariapda parti itu pada 2023.
"Namun kini, dalam kes ketidakjujuran dan pembohongan yang jauh lebih serius, ia memerlukan masa empat bulan untuk memikirkan kesan penghakiman mahkamah terhadap Encik Pritam."
Beliau berkata pandangan parlimen berhubung perkara itu tidak harus bergantung kepada perbincangan dalaman WP.
"Parlimen tidak boleh menunggu Parti Pekerja (WP)," kata Cik Indranee.
"Dewan ini mesti membuat keputusan tentang perkara ini tanpa kelengahan tidak sewajarnya, kerana ia mencerminkan kedudukan dan integriti parlimen."
Ketua Dewan berkata AP WP sering berucap di parlimen tentang kepentingan kebertanggungjawaban, dan mengisytiharkannya sebagai misi mereka untuk memastikan pemerintah bertanggungjawab.
"Persoalannya adalah sama ada mereka yakin anggota parti mereka sendiri - termasuk ketuanya - harus dipertanggungjawabkan kerana melakukan sesuatu yang salah, terutamanya selepas mahkamah sabit mereka dengan kesalahan jenayah," katanya.
Beliau menarik perhatian bahawa piawaian sama juga tertakluk kepada AP daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP).
Beliau menukil contoh mantan AP PAP Choo Wei Khiang, yang meletak jawatan pada 1999 selepas mengaku bersalah dalam kes penipuan; peletakan jawatan mantan menteri Kabinet S Iswaran selepas didakwa atas rasuah; dan mantan Speaker Tan Chuan-Jin yang meletak jawatan pada 2023 disebabkan tingkah laku peribadinya, walaupun tiada kesalahan jenayah.
"Jika seorang AP PAP atau pemegang jawatan politik didapati bersalah kerana berbohong atau tidak jujur, tiada siapa yang meragui bahawa kesan serius akan berlaku. Adalah tidak wajar bagi mereka untuk terus meneruskan tugas mereka seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.
"Dalam kes-kes yang serius, mereka terpaksa melepaskan jawatan mereka," kata Cik Indranee.
Menggulung ucapannya, Cik Indranee berkata kejujuran dan integriti "tidak boleh dirunding" dan membentuk asas sistem politik dan tadbir urus yang baik di Singapura.
"Jika Parlimen membenarkan standard ini menurun, ketidakpercayaan mula berakar, dan keyakinan orang ramai terhadap institusi kita akan terhakis, dengan cara yang tidak dapat dielakkan dan tidak dapat dipulihkan," kata Cik Indranee.
"Kerosakan itu akan menjadi amat serius dan sangat sukar untuk dipulihkan."

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.