Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembinaan terowong Koridor Utara-Selatan bakal bermula awal 2019

Kerja-kerja pembinaan di bahagian terowong Koridor Utara-Selatan berdekatan dengan Novena dijangka bermula menjelang suku pertama tahun depan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Anggaran Waktu Membaca:
Pembinaan terowong Koridor Utara-Selatan bakal bermula awal 2019

Petikan gambar yang menunjukkan Thomson Road. (Gambar: Google Maps)

Diterbitkan : 31 Jul 2018 09:52PM Dikemas Kini : 31 Jul 2018 09:59PM

SINGAPURA: Kerja-kerja pembinaan di bahagian terowong Koridor Utara-Selatan berdekatan dengan Novena dijangka bermula menjelang suku pertama tahun depan, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

LTA mengumumkan hari ini (31 Jul) bahawa kontrak bernilai S$795 juta untuk mereka dan membina bahagian terowong itu diberi kepada usaha sama Ocean Construction dari Jepun dan Bachy Soletanche Singapore.

Usaha sama Penta-Bachy itu bertanggungjawab membina terowong bawah tanah sepanjang 1.04 kilometer dari Thomson Road, ke Novena Rise hingga ke Sufolk Walk.

Kemudahan-kemudahan penumpang seperti rangkaian pejalan kaki bawah tanah, jejantas pejalan kaki, perhentian bas, laluan pejalan kaki berbumbung dan laluan basikal juga akan dibina di sepanjang terowong itu sebagai sebahagian daripada kontrak tersebut.

LTA menekankan tentang rekod prestasi syarikat-syarikat berkenaan dan menyatakan bahawa Penta-Ocean Construction juga terlibat dalam pembinaan stesen-stesen Woodlands North dan Bright Hill di Laluan Thomson-East Coast.

Syarikat tersebut juga dahulunya terlibat dalam pembinaan stesen Bendemeer di Laluan Downtown dan sebahagian Ekspreswe Pantai Marina.

Projek-projek Bachy Soletanche Singapore bersama LTA termasuk pembinaan stesen-stesen Bugis dan Telok Ayer di Laluan Downtown.

Usaha sama Penta-Bachy kini terlibat dalam pembinaan stesen Orchard di Laluan Thomson-East Coast (TEL).

Koridor Utara-Selatan, sepanjang 21.5 kilometer yang akan merangkumi lorong-lorong bas laju dan laluan basikal, bakal menghubung bandar-bandar di kawasan utara ke pusat bandar.

Lorong-lorong bas akan membantu mengurangkan masa perjalanan dari Woodlands, Sembawang, Yishun dan Ang Mo Kio ke bandar sehingga 30 minit. Ia juga akan membuat sambungan bas antara bandar-bandar kediaman di sepanjang Koridor Utara-Selatan lebih laju, menurut LTA sebelum ini.

Ia dijangka siap menjelang 2026.

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan