Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembinaan tangki ke-4 terminal LNG ikut jadual, dijangka siap separuh pertama 2018

Pembinaan tangki keempat di terminal Gas Asli Cecair Singapura atau LNG setakat ini mengikut jadual dan dijangka siap pada separuh pertama tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 28 Feb 2018 08:42PM Dikemas Kini : 01 Mar 2018 01:10AM

SINGAPURA: Pembinaan tangki keempat di terminal Gas Asli Cecair Singapura atau LNG setakat ini mengikut jadual dan dijangka siap pada separuh pertama tahun ini.

Perbadanan LNG Singapura yang memiliki dan mengendalikan terminal itu tidak lama lagi akan mengusulkan saranan untuk menggunakan kapasitinya bagi mengembangkan perniagaan sampingan.

Ini diumumkan Menteri Perdagangan dan Perusahaan S Iswaran di Persidangan Pasaran Asia bagi Bekalan LNG hari ini (28 Feb).

Encik Iswaran bercakap mengenai trend global yang memberi kesan terhadap permintaan dan bekalan LNG seperti harga minyak yang tidak menentu.

Tambahnya, Singapura sedang mengambil langkah untuk kekal relevan bagi masa depan seperti meluaskan kapasiti terminalnya. 

Sumber : CNA/NU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan