Skip to main content

Singapura

Pembiayaan Dana Masyarakat bagi program kesihatan mental naik hampir 50% dari 2022 hingga 2024

Pembiayaan Dana Masyarakat bagi program-program kesihatan mental meningkat hampir 50 peratus dari 2022 hingga 2024.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembiayaan Dana Masyarakat bagi program kesihatan mental naik hampir 50% dari 2022 hingga 2024

Sebanyak S$13,300,000 dibelanjakan pada 2024 untuk menyokong 13 agensi khidmat sosial dalam menyediakan program intervensi awal, pencegahan dan sokongan krisis. (Gambar: Mediacorp)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 06 Sep 2025 08:30PM
SINGAPURA: Pembiayaan Dana Masyarakat bagi program-program kesihatan mental meningkat hampir 50 peratus dari 2022 hingga 2024.

Sebanyak S$13,300,000 dibelanjakan tahun lalu untuk menyokong 13 agensi khidmat sosial dalam menyediakan program intervensi awal, pencegahan dan sokongan krisis.

Majlis Kebangsaan Khidmat Sosial (NCSS) menyatakan pelaburan yang lebih tinggi adalah penting dalam menyediakan khidmat bagi semua fasa pemulihan.

“Kami komited untuk membina ekosistem yang lebih kukuh supaya rakyat Singapura pada semua peringkat usia dan dengan pelbagai keperluan dapat mengakses bantuan yang tepat pada masa dan sesuai.

"Contoh terbaharu ialah Grovve, sebuah pusat kesejahteraan bersepadu yang disokong Pembiayaan Dana Masyarakat.

"Kami melakukannya dengan kerjasama empat agensi khidmat sosial, menggabungkan sumber bersama untuk menyokong golongan belia dalam perjalanan kesihatan mental mereka dengan lebih baik,” kata Presiden NCSS, Anita Fam.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita