Pembersihan tumpahan minyak di Taman East Coast selesai, kesemua pantai dibuka semula
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Matthew Mohan/CNA)
SINGAPURA: Tepi pantai Taman East Coast kini dibuka semula, setelah penyelesaian operasi pembersihan tumpahan minyak, menurut Lembaga Taman Negara (NParks) pada Ahad (11 Ogos).
"Walaupun ia selamat untuk mengakses tepi pantai dan terlibat dalam sukan air tanpa sentuhan, orang ramai dinasihati agar tidak berenang atau melakukan aktiviti dalam air seperti wakeboarding dan mendayung berdiri di perairan pantai," nasihat NParks menerusi satu catatan di Facebook.
Ia tidak menjelaskan sama ada ia selamat untuk terlibat dalam aktiviti sebegitu di taman tersebut.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata pada 7 ogos bahawa rancangan sedang dilakarkan untuk menyelesaikan pembersihan kesemua pantai terjejas oleh tumpahan minyak pada Jun "dalam masa kira-kira sebulan".
Pada pertengahan Jun, sebuah kapal yang berdaftar di Netherlands melanggar kapal tangki berdaftar di Singapura, menyebabkan minyak daripada tangki kargo di atas kapal berkenaan tertumpah ke laut.
Tumpahan minyak itu merebak ke beberapa pantai di Singapura, termasuk Taman East Coast dan Sentosa.
Berucap di parlimen, Cik Fu berkata bahawa operasi pembersihan sedang "berjalan lancar", menambah bahawa fasa pertama telahpun selesai.
Fasa kedua operasi, yang tertumpu kepada kawasan yang sukar dibersihkan seperti kumpulan batu, pemecah ombak dan minyak yang terperangkap lebih dalam di dalam pasir, turut dilakarkan, tambahnya.
Pada 3 Ogos, Pantai Siloso di Sentosa dibuka bagi aktiviti-aktiviti air, satu setengah bulan lebih awal daripada yang dijadualkan.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.