Pemberhentian pekerja di SG meningkat pada suku ketiga; kadar pengangguran naik sedikit tetapi kekal rendah
SINGAPURA: Jumlah pemberhentian pekerja di Singapura meningkat pada suku ketiga 2023 selepas merosot pada suku sebelumnya. Ini meskipun pasaran buruh sudah berkembang di tengah-tengah prospek ekonomi yang lebih lemah.
Ini sedang pasaran buruh itu diperluaskan meskipun prospek ekonomik kian melemah.
Menurut anggaran awal pasaran buruh yang dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (26 Okt), jumlah pengambilan pekerja meningkat lapan suku berturut-turut, dengan peningkatan pada kedua-dua penduduk dan juga pekerja yang bukan merupakan penduduk negara ini.
Ia juga menarik perhatian bahawa jumlah pemberhentian pekerja dan pengangguran turut meningkat meskipun kadar pengangguran kekal rendah.
"Ini menunjukkan bahawa pekerja yang diberhentikan kerja berhasil mendapatkan pekerjaan baharu dengan pantas," menurut kementerian itu.
Seramai 4,100 pekerja diberhentikan kerja pada suku ketiga 2023 berbanding 3,200 pada suku sebelumnya, dengan sebahagian besar daripada peningkatan ini adalah dari sektor perdagangan borong.
Pemberhentian pekerja itu mencerminkan "ramalan luaran yang lebih lemah yang dihadapi oleh sektor tersebut", menurut MOM, sambil menyatakan bahawa jumlah pemberhentian pekerja dalam sektor-sektor lain "secara amnya kekal stabil atau sudah merosot".
“Penyusunan semula/penstrukturan semula perniagaan kekal sebagai sebab utama di sebalik pemberhentian pekerja pada suku ketiga 2023,” tambah MOM.
PERTUMBUHAN KEKAL STABIL
Jumlah pengambilan pekerja tidak termasuk pembantu rumah hijrahan meningkat lapan suku berturut-turut sebanyak 24,000 pada suku ketiga tahun ini, yang menurut MOM, "setanding dengan suku sebelumnya".
Menurut kementerian itu, perangkaan tersebut "setanding dengan bilangan dalam suku sebelumnya".
Menurut MOM, pertumbuhan pada pengambilan pekerja adalah dari kedua-dua penduduk dan bukan penduduk negara ini, dengan pengambilan pekerja dalam kalangan penduduk berkembang dalam sektor-sektor seperti khidmat kewangan dan khidmat profesional - yang secara amnya menawarkan pekerjaan bergaji lebih tinggi - serta dalam khidmat kesihatan dan sosial.
Sementara itu, pengambilan pekerja yang bukan merupakan penduduk negara ini berkembang dalam sektor-sektor seperti binaan, perdagangan runcit, khidmat makanan dan minuman, serta khidmat pentadbiran dan sokongan.
PENGANGGURAN "MENINGKAT PADA RENTAK PERLAHAN", MUNGKIN NAIK LAGI
Kadar pengangguran "sebahagian besarnya stabil dan kekal rendah" pada September sekalipun naik sedikit pada Julai, dedah MOM selanjutnya.
Perangkaan awal menunjukkan kadar pengangguran pada September adalah 2.8 peratus bagi penduduk, 3 peratus bagi bukan penduduk negara ini dan 2 peratus secara keseluruhannya.
MOM turut memberi amaran bahawa walaupun pasaran buruh terus berkembang, rentak pengangguran lebih perlahan berbanding setahun yang lalu, di tengah-tengah kelembapan ekonomi global.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.