Pemberhentian kerja merosot selepas naik 3 suku beruntun; kadar pengangguran kekal rendah: MOM
SINGAPURA: Pasaran buruh di Singapura kekal stabil pada suku kedua tahun ini, dengan pengangguran merosot menyusuli kenaikan tiga suku berturut-turut, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada Khamis (27 Jul).
"Jumlah pengambilan pekerja terus meningkat meskipun pada rentak lebih perlahan, dan kadar pengangguran tetap tidak berubah," jelas kementerian itu dalam Kenyataan Awal Pasaran Buruh bagi suku ini.
Seramai 3,200 orang diberhentikan kerja, turun dari 3,820 yang dibuang kerja pada suku pertama tahun ini, dengan penyusunan semula dan penstrukturan semula perniagaan terus menjadi sebab utama bagi pemberhentian kerja itu.
Jumlah berkenaan adalah sekitar julat sebelum pandemik semasa ekonomi tidak menunjukkan kemelesetan pada 2019, dedah MOM.
"Pengangguran terus disebabkan oleh perkhidmatan dan kebanyakannya adalah dalam khidmat IT dan perdagangan borong," menurut kementerian itu.
"Terdapat penurunan besar dari segi jumlah pengangguran dalam bidang pengilangan, menyusuli pengangguran berskala lebih besar yang berlaku dalam suku-suku sebelum ini.
PERTUMBUHAN LEBIH SEDERHANA
Jumlah pengambilan pekerja tidak termasuk pembantu rumah hijrahan meningkat bagi tujuh suku berturut-turut meskipun pertumbuhan "ketara lebih sederhana" berbanding suku sebelumnya, menurut MOM.
Jumlah pekerjaan juga naik sebanyak 23,700 pada suku kedua, lebih rendah berbanding kenaikan 33,000 yang dilihat pada suku pertama.
MOM menyatakan jumlah pertumbuhan pengambilan pekerja pada suku kedua "datang hanya daripada golongan bukan penduduk meskipun ini dilonggarkan dari suku-suku sebelum ini, dengan penurunan meluas bagi pertumbuhan bukan penduduk bagi pelbagai sektor".
Pertumbuhan pengambilan pekerja bukan penduduk sebahagian besarnya adalah dalam sektor binaan, di tengah-tengah "permintaan kukuh bagi kedua-dua projek sektor awam dan privet, seperti perumahan," jelas kementerian itu.
Perubahan pengambilan pekerja penduduk bagaimanapun menguncup buat pertama kalinya sejak suku kedua 2020.
Penurunan musiman juga dilihat bagi khidmat makanan dan minuman (F&B) dan perdagangan runcit, jelas MOM.
Kementerian itu juga menyatakaan penurunan dalam bidang F&B dan runcit semasa tempoh ini "bukan suatu yang luar dari kebiasaan"
Sungguhpun demikian, pengambilan pekerja penduduk masih menjangkaui paras sebelum pendemik pada 2019, tambahnya.
Kadar pengangguran tetap rendah meskipun ia meningkat sedikit pada bulan April dan Mei sebelum kekal tidak berubah antara bulan Mei dengan Jun.
Perangkaan awal menunjukkan kadar pengangguran pada bulan Jun adalah 2.8 peratus bagi rakyat, 2.7 peratus bagi penduduk dan 1.9 secara keseluruhannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.