Pembeli rumah perlu lebih berhati-hati, hemat di tengah-tengah ekonomi tidak menentu: Desmond Lee
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pemerintah telah "bekerja keras" sejak beberapa tahun lalu untuk memulihkan kestabilan dalam pasaran perumahan dan mengimbangi bekalan serta permintaan flat, menyusuli gangguan yang disebabkan pandemik COVID-19.
Demikian menurut Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee.
Langkah itu diambil sedang harga jualan semula yang melonjak tinggi, permintaan perumahan yang kian meningkat dan projek Bina Ikut Tempahan (BTO) yang tergendala, disaksikan semasa tahun-tahun pandemik.
Krisis, yang tidak pernah berlaku sebelum ini, menganggu kehidupan orang ramai, menjejas rantaian bekalan, menyebabkan kekurangan dalam tenaga kerja serta menjejas teruk sektor binaan dan hartanah, jelas Encik Lee pada Isnin (11 Mei) dalam satu wawancara eksklusif bersama Mediacorp.
"Ia mengambil masa untuk memulihkan keseimbangan itu kerana menambah bekalan, mengubah psikologi pasaran hartanah, menyesuaikan parameter pelbagai langkah meredakan pasaran, semua ini mengambil masa untuk menapis melalui pasaran, dan bahkan selepas itu juga anda masih tidak akan dapat pastikan apa kesannya," katanya.
KURANG PASTI TERHADAP PROSPEK EKONOMI
Encik Lee menyentuh mengenai pelbagai isu semasa wawancara itu, termasuk isu memastikan perumahan kekal dimampui, membangun semula bangunan warisan dan membantu pasangan muda memiliki rumah lebih awal.
Kadar permohonan flat BTO secara keseluruhannya sudah stabil. Pada tahun lalu, terdapat 1.9 pemohon kali pertama bagi setiap flat, lebih rendah daripada 3.7 pada 2019.
Bekalan flat baharu itu juga telah naik dengan ketara, dan pihak berkuasa masih mengikut jadual bagi memenuhi janji untuk melancarkan sebanyak 100,000 flat BTO dari 2021 hingga 2025, jelas Encik Lee.
Lebih 63,000 flat dilancarkan antara 2021 dengan tahun lalu, dan kira-kira 19,600 akan dilancarkan tahun ini.
Pasaran hartanah jualan semula dan privet juga semakin stabil, tambah Encik Lee.
Beliau bagaimanapun menggesa agar para pembeli rumah bersikap lebih berhati-hati dan hemat di tengah-tengah prospek ekonomi yang tidak menentu.
"Kami lihat kadar faedah kekal lebih tinggi untuk tempoh yang lebih lama. Kami jangka ekonomi yang tidak menentu tidak lama lagi. Kami lihat ketegangan geopolitik, dan semua ini akan mendatangkan kesan terhadap sektor hartanah itu," jelasnya.
"Kami akan memantau dan mengambil apa sahaja langkah yang diperlukan untuk memastikan kestabilan dalam pasaran hartanah kami, dan memastikan pasaran hartanah tidak mendahului asas ekonomi."
MEMBERIKAN LEBIH SOKONGAN KEPADA PASANGAN MUDA
Semasa perbahasan Jawatankuasa Peruntukan kementeriannya, Encik Lee mengumumkan bahawa pasangan muda yang layak akan mendapat lebih banyak bantuan apabila membeli flat baharu Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), termasuk pengurangan dalam bayaran pendahuluan awal sebanyak 2.5 peratus daripada harga pembelian itu.
Skim Bayaran Beransur Pendahuluan (Staggered Downpayment Scheme) bermatlamat untuk mengurangkan kos awal bagi pasangan muda untuk membeli sebuah flat, dan akan berkuat kuasa bermula latihan jualan BTO pada Jun nanti.
Sesetengah pasangan menangguhkan rancangan mereka untuk membina keluarga sendiri kerana mereka menghadapi kesukaran untuk membuat bayaran pendahuluan awal, menurut Encik Lee.
"Ada di antara mereka tidak mempunyai latar belakang keluarga yang membolehkan keluarga tampil dan membantu mereka. Jadi dengan langkah ini, kami berharap ia dapat membantu pasangan muda ini, terutamanya mereka yang mempunyai cara yang lebih sederhana, untuk dapat memulakan perjalanan pemilikan rumah mereka lebih awal."
Mengenai masa menunggu flat BTO, Encik Lee memberi jaminan: "Kami telah bekerja keras untuk mengimbangi kelengahan yang disebabkan oleh COVID-19, dan kami sangat menghargai keluarga-keluarga yang telah bersabar, memahami kelengahan yang berlaku disebabkan oleh COVID-19.
Semasa pelancaran BTO pada Februari tahun ini, lebih 80 peratus flat tersebut mempunyai masa menunggu kurang daripada tiga tahun setengah.
BANTU KELUARGA TUNGGU FLAT BAHARU
Sementara itu, keluarga yang layak dan sedang menunggu unit BTO mereka tidak lama lagi akan dapat memanfaatkan baucar sewa bernilai S$300 setiap bulan, untuk mengimbangi kos sewa bagi sebuah flat HDB atau bilik tidur dalam pasaran terbuka.
Inisiatif tersebut di bawah Skim Perumahan Sementara Keibubapaan (PPHS), satu pilihan perumahan sementara bagi keluarga yang menunggu flat baharu mereka siap, akan dijalankan dari Julai tahun ini hingga Jun 2025.
Encik Lee menjelaskan bahawa langkah itu dilaksanakan kerana pasaran sewa keseluruhan menyaksikan sedikit kestabilan dan merupakan "satu langkah untuk merapatkan (jurang) dari sekarang hingga tahun depan, apabila kami menggandakan lagi bekalan PPHS kami".

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.