Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembeli projek BTO Punggol akan dibayar ganti rugi selepas tarikh siap ditunda lebih 1 tahun

Pembeli projek Bina Ikut Tempahan (BTO) Waterway Sunrise II di Punggol akan diberi ganti rugi atas kelengahan yang dialami setelah tarikh siap flat itu ditunda selama lebih satu tahun, umum Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Sabtu (9 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Pembeli projek BTO Punggol akan dibayar ganti rugi selepas tarikh siap ditunda lebih 1 tahun

Gambaran artis projek Warterway Sunrise II. (Gambar: HDB)

Diterbitkan : 09 Oct 2021 06:04PM Dikemas Kini : 09 Oct 2021 06:11PM

SINGAPURA: Pembeli projek Bina Ikut Tempahan (BTO) Waterway Sunrise II di Punggol akan diberi ganti rugi atas kelengahan yang dialami setelah tarikh siap flat itu ditunda selama lebih satu tahun, umum Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) pada Sabtu (9 Okt).

Dilancarkan pada Februari 2017, Waterway Sunrise II terdiri daripada tujuh blok dengan 1,014 flat. Tarikh siap pada awalnya dijangkakan antara suku pertama dan kedua tahun ini.

Namun ia ditunda setahun, antara suku pertama dan kedua 2022, kata HDB. Ini kerana "prestasi teruk dan kegagalan" kontraktor asal Lian Ho Lee Construction pada Ogos tahun lalu, jelas agensi itu.

Meskipun kontraktor pengganti Expand Construction dilantik pada Oktober tahun lalu, HDB menyatakan kekurangan tenaga kerja dan gangguan bekalan disebabkan pandemik COVID-19 memperlahankan kerja-kerja binaan, yang mengakibatkan penangguhan lanjut projek tersebut.

"Akibatnya, blok flat di Waterway Sunrise II dijangka siap enam hingga sembilan bulan selepas tarikh penyerahan, yang merupakan tarikh kontrak sah di mana HDB diwajibkan menyerahkan hak milik flat tersebut berdasarkan perjanjian pajakan, " kata HDB.

"Oleh itu, HDB akan memberi ganti rugi kepada pembeli flat atas kelewatan itu."

Projek Waterway Sunrise II kini dijangka siap antara suku keempat 2022 hingga suku pertama 2023. Ini menjadikan tempoh masa menunggu projek itu sekitar lima setengah tahun, kata HDB.

Waterway Sunrise II adalah satu-satunya di antara 94 projek BTO yang tertunda lebih setahun, tambah agensi itu.

HDB menyatakan ia akan mengagihkan kepada semua pembeli flat Waterway Sunrise II jumlah pampasan maksimum yang layak diterima di bawah Akta COVID-19 (Langkah-langkah Sementara), tanpa memerlukan mereka menyerahkan tuntutan atau bukti perbelanjaan.

Pembeli flat kali pertama yang tidak dapat mencari tempat tinggal sementara dengan saudara-mara atau di pasaran terbuka boleh memohon perumahan sementara di bawah Skim Perumahan Sementara Ibu Bapa.

Bagi pembeli terjejas yang memutuskan untuk membatalkan tempahan flat BTO mereka untuk membeli flat jualan semula kerana keperluan perumahan yang mendesak, HDB menyatakan ia juga akan mempertimbangkan untuk mengetepikan yuran pembatalan dan tempoh menunggu satu tahun.

HDB menyatakan ia terus bekerjasama dengan syarikat Expand Construction untuk mempercepatkan kerja-kerja binaan.

HDB menambah pihaknya juga mengutamakan keperluan tenaga kerja bagi Waterway Sunrise II sambil memastikan bahawa langkah-langkah pengurusan selamat sewajarnya dilaksanakan di tapak tersebut.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan