Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembeli lebih "berhati-hati" semasa permohonan BTO pada Feb; nantikan lokasi lebih menarik

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Respons bagi pelancaran flat Bina Ikut Tempahan (BTO) pada Februari "berhati-hati" dan ia mungkin disebabkan oleh lokasi yang kurang menarik di estet-estet bukan matang, menurut para penganalis. 

Para pembeli juga mungkin sedang "menantikan" flat-flat di estet matang yang akan dilancarkan pada Mei, tambah mereka. 

"Beberapa bakal pemohon BTO akan menunggu untuk mendaftar bagi projek-projek BTO seterusnya," kata Ketua Penyelidikan dan Runding Cara di ERA Realty Network, Encik Nicholas Mak. 

Permohonan bagi 4,428 flat baru dalam penjualan BTO baru-baru ini berakhir pada pukul 11.59 malam pada Isnin (6 Mac) dan keputusanya dikemas kini pada pukul 2.00 petang Selasa (7 Mac). 

Terdapat 16,993 pemohon, dengan kadar permohonan secara keseluruhan sebanyak 3.8 kali. Bagi keluarga kali pertama, kadar permohonan bagi flat tiga bilik dan flat lebih besar berada dalam lingkungan 0.6 hingga 3.4, dengan kebanyakan projek meraih 1.5 hingga 2 kali ganda jumlah pemohon bagi sebuah flat. 

Bagi pemohon kali kedua, kadarnya setinggi 45.7 bagi setiap unit empat bilik di Ulu Pandan Glades, iaitu projek Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH) di Queenstown. 

Pemohon kali pertama mempunyai peluang lebih baik untuk mendapatkan flat kerana mereka diberi lebih banyak peluang undi dan sehingga 95 peratus bekalan flat BTO diperuntukkan untuk mereka. 

CEO Propnex Realty Ismal Gafoor berkata, kadar permohonan secara keseluruhan "agak rendah" berbanding pelancaran-pelancaran flat BTO baru-baru ini. 

Kecuali pelancaran flat BTO pada November 2022 yang mencatatkan kadar permohonan 2.5 kali ganda disebabkan bekalan 9,655 flat baru yang ditawarkan, tiga lagi pelancaran BTO pada Februari, Mei dan Ogos 2022 masing-masing mencatatkan kadar permohonan antara 5.8 hingga 7.8 kali ganda. 

Segelintir penganalis berkata, lokasi yang kurang menarik bagi projek-projek BTO kali ini di estet bukan matang mungkin merupakan salah satu faktor. 

Lokasi Jurong West Crystal yang dilancarkan kali ini, tidak sebaik projek Lakeside View yang dilancarkan tahun lalu, kata Encik Mak. 

Beliau menambah, Brickland Weave di Tengah terletak "di pinggir Tengah" dan jaraknya dengan stesen MRT terdekat yang sedang dibina, agak jauh untuk berjalan kaki. 

"Dengan lebih banyak bekalan BTO dijanjikan, sesetengah pembeli mungkin ingin menunggu projek-projek lain yang boleh memenuhi keperluan mereka dengan lebih baik lagi," kata Encik Ismail, yang menarik perhatian mengenai flat-flat BTO yang akan dilancarkan di Bedok dan Serangoon pada Mei 2023. 

Kali terakhir Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) melancarkan projek HDB di Bedok adalah pada November 2016 dan di Serangoon pula, pada Januari 2014, katanya. 

"Kami menjangkakan terdapat permintaan terpendam bagi flat-flat akan datang di Bedok dan Serangoon, serta permintaan kukuh bagi unit lima bilik di tempat-tempat tersebut."

Satu lagi faktor yang menyebabkan permohonan kali ini berkurangan adalah tokokan geran perumahan bagi pembeli kali pertama flat jualan semula yang mungkin mengurangkan permintaan bagi BTO, menurut para penganalis. 

Semasa Belanjawan 2023, ia diumumkan bahawa pembeli kali pertama yang layak boleh menerima geran tambahan sehingga S$30,000 bagi flat jualan semula. 

"Secara keseluruhan, ini menyarankan bahawa meningkatkan bekalan BTO dan melancarkan langkah-langkah bagi membantu pemohon kali pertama memiliki rumah pertama mereka, berkesan dalam pasaran, menyebabkan kestabilan kadar permohonan," kata Encik Ismail.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan