Skip to main content

Singapura

Pembeli hartanah akan diberi lebih banyak masa lunas bayaran

Para pembeli hartanah yang sukar untuk membayarnya kerana pandemik COVID-19 akan diberi lebih banyak masa bagi melunasinya.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 16 Nov 2020 07:37PM Dikemas Kini : 16 Nov 2020 09:12PM

SINGAPURA: Para pembeli hartanah yang sukar untuk membayarnya kerana pandemik COVID-19 akan diberi lebih banyak masa bagi melunasinya.

Kementerian Undang-Undang melanjutkan lagi tempohnya sehingga akhir Mac tahun depan daripada jadual asalnya, akhir tahun ini.

Kelonggaran itu meliputi mereka yang membeli hartanah-hartanah kediaman, komersil dan industri.

Menurut kementerian itu, lebih banyak pihak dijangka layak mendapat kelonggaran tersebut sehinggalah Rangka Kerja Penjajaran Semula yang baru dikuatkuasakan.

Sumber : CNA/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita