Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembeli flat jualan semula yang bayar lebih daripada nilai COV berkurangan

Jumlah pembeli jualan flat semula yang membayar nilai COV lebih tinggi berkurangan.

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jumlah pembeli jualan flat semula yang membayar nilai COV lebih tinggi berkurangan.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee berkata purata pembeli sedemikian berkurangan sebanyak separuh daripada hampir 30 peratus pada suku keempat 2022, kepada 15 peratus pada tempoh yang sama tahun lalu.

Bagi mereka yang membayar wang tunai atas taksiran (COV) untuk flat masing-masing, jumlah median yang dibayar adalah sekitar S$30,000.

Majoriti pembeli pula tidak perlu membayar sebarang COV.

Encik Lee menjangkakan penyederhanaan itu akan berterusan di tengah-tengah ekonomi global yang tidak menentu dan kadar faedah yang akan kekal tinggi buat sementara waktu.

Beliau juga menarik perhatian kepada bekalan perumahan awam yang dilancarkan, selain daripada 43,000 rumah yang siap dibina pada tahun lalu.

"Kami menepati jadual untuk selesai membina lagi 28,000 rumah tahun ini, dan lagi 24,000 rumah pada tahun depan, menjadikannya sekitar 100,000 rumah privet dan awam yang akan dilancarkan antara 2023 hingga 2025.

"Kesimpulannya, harga rumah tidak mungkin mengekalkan momentum yang telah disaksikan sepanjang tiga tahun lalu.

"Jadi saya menggalakkan para pembeli supaya berhemah dalam pembelian mereka supaya tidak menambahkan beban kepada diri sendiri," kata Encik Lee.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan