Skip to main content

Singapura

Pembeli diperdaya beli Apple AirPods palsu online; 2 lelaki diberkas

Dua lelaki diberkas kerana didakwa memperdayakan orang ramai untuk Apple AirPods yang palsu, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Rabu (25 Dis). 

Anggaran Waktu Membaca:
Pembeli diperdaya beli Apple AirPods palsu online; 2 lelaki diberkas

Apple AirPods. (Gambar fail: Beck Diefenbach/REUTERS)

Diterbitkan : 26 Dec 2019 07:55AM Dikemas Kini : 26 Dec 2019 07:57AM

SINGAPURA: Dua lelaki diberkas kerana didakwa memperdayakan orang ramai untuk Apple AirPods yang palsu, menurut polis dalam satu kenyataan media pada Rabu (25 Dis).

Antara 21 Disember hingga 23 Disember, pihak berkuasa menerima beberapa aduan daripada mangsa-mangsa yang mengatakan mereka ditipu untuk membeli sepasang AirPods setelah memberikan respons kepada satu iklan online.

Menyusuli siasatan lanjut, dua lelaki - berusia 19 dan 23 tahun - ditangkap pada Isnin (23 Dis).

Jika sabit kesalahan, setiap suspek boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan didenda.

Siasatan sedang dijalankan.
Polis memberi amaran kepada anggota masyarakat supaya berjaga-jaga terhadap sesiapa saja yang menjual barang-barangan online pada harga "terlalu berbaloi sehingga sukar untuk dipercayai".

Anggota masyarakat seharusnya membeli barang-barangan hanya daripada peniaga yang bertauliah dan menggunakan wadah yang hanya membuat pembayaran kepada penjual setelah pembeli menerima barangannya.

Polis menyatakan: "Berwaspadalah kerana pihak yang anda berurusan secara online adalah orang tidak dikenali."

"Sebaik mungkin, hanya bayar selepas menerima barang." 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita