Skip to main content

Singapura

Pembelajaran Teradun di semua sekolah menengah, maktab rendah, Institut Millenia mulai penggal ketiga 2021

Semua sekolah menengah dan maktab rendah serta Institut Millenia akan melaksanakan kaedah Pembelajaran Teradun bagi beberapa peringkat pelajar mulai penggal ketiga tahun depan.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Dec 2020 07:47PM Dikemas Kini : 29 Dec 2020 09:39PM

SINGAPURA: Semua sekolah menengah dan maktab rendah serta Institut Millenia akan melaksanakan kaedah Pembelajaran Teradun bagi beberapa peringkat pelajar mulai penggal ketiga tahun depan.

Ini bermakna sekolah-sekolah akan mengendalikan campuran pembelajaran secara online dan kehadiran pelajar di bilik darjah.

Para pelajar akan mempunyai hari pembelajaran di rumah (HBL), sekali dalam sekitar setiap dua minggu.

Menteri Pendidikan Lawrence Wong mengumumkan pelaksanaan Pembelajaran Teradun itu semasa majlis pelantikan dan perhargaan bagi pengetua sekolah pada Selasa (29 Dis).

"Hari-hari Belajar di Rumah kurang berstruktur berbanding hari sekolah biasa bagi membolehkan pelajar untuk melakukan inisiatif dalam pembelajaran.

"Para pelajar yang perlukan lebih bimbingan dan mereka yang tidak mempunyai sekitaran rumah yang sesuai untuk belajar atau memerlukan kemudahan tertentu, kami masih akan membenarkan mereka untuk kembali ke sekolah pada hari-hari HBL," kata Encik Wong.

HBL merangkumi sekitar 10 peratus masa kurikulum bagi sekolah menengah manakala bagi maktab rendah dan Institut Milenia sebanyak 10 peratus hingga 20 peratus.

Menjelang penggal empat 2022, semua peringkat pelajar di sekolah menengah, maktab rendah serta Institut Millenia akan melaksanakan Pembelajaran Teradun.

Sekolah-sekolah akan diberi kelonggaran untuk menyesuaikan pelaksanaan kaedah Pembelajaran Teradun menurut profil para pelajar dan keperluan pelajaran masing-masing.

Ini termasuk mengurus masa penggunaan alat-alat pembelajaran peribadi (PLD) serta melaksanakan peraturan dan rutin bilik darjah.

Untuk menyokong kaedah ini, semua pelajar sekolah menengah akan memiliki peranti pembelajaran peribadi (PLD) masing-masing sebelum akhir tahun depan.

Para pelajar yang memerlukan akan menerima bantuan tambahan untuk memiliki alat PLD.

Sementara itu, ujian rintis skala rintis akan dijalankan tahun depan di lima sekolah rendah untuk murid darjah atasan bagi memahami kesan pembelajaran online terhadap murid-murid lebih muda.

Sekolah-sekolah itu adalah Sekolah Rendah Chua Chu Kang, Frontier, Juanyuan, River Valley dan Yio Chu Kang. 

Sumber : CNA/ZM/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita