Pembelajaran seni ditawarkan di semua prasekolah pemerintah jelang 2027
Semua prasekolah yang disokong pemerintah akan menawarkan program pembelajaran seni menjelang 2027.

Semua prasekolah yang disokong pemerintah akan menawarkan program pembelajaran seni menjelang 2027. (Gambar fail: AFP)
Ia adalah sebahagian daripada usaha pemerintah untuk mendekatkan masyarakat kepada seni dan budaya.
Selain itu, lebih banyak karya seni akan dipamerkan di estet-estet perumahan mulai Ogos ini.
Permohonan bagi penyedia program Pas Budaya SG yang pertama juga sudah bermula.
Program Pendidikan Seni di bawah Majlis Seni Kebangsaan (NAC) berhasrat untuk mendampingi kanak-kanak prasekolah menerusi persembahan, lawatan dan bengkel.
Para pelajar Menengah 1 dan 2 pula berpeluang mengambil bahagian dalam program muzik secara langsung bagi memperdalam penghayatan kepada budaya tempatan.
Sementara itu, Pas Budaya SG bernilai S$100, yang bertujuan untuk membantu warga tempatan mengurangkan kos bagi menghadiri program seni dan warisan, boleh digunakan sepanjang tiga tahun akan datang mulai September 2025.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.