Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembelajaran di Rumah bermula; pelajar sesuaikan diri ikuti kelas maya

Mulai hari ini (2 Apr), pelajar sekolah menengah di merata Singapura menjalani pembelajaran di rumah pada setiap Khamis. 

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Mulai hari ini (2 Apr), pelajar sekolah menengah di merata Singapura menjalani pembelajaran di rumah pada setiap Khamis.

Langkah itu diperkenalkan Kementerian Pendidikan (MOE) sebagai antara usaha tambahan membendung penularan COVID-19 tetapi memastikan para pelajar tidak ketinggalan pelajaran.

IBARAT DALAM BILIK DARJAH

Bagi pelajar Menengah Empat Sekolah Menengah Unity, Nur Tuhfah Izzah Md Roslan, sekolahnya hari ini adalah rumahnya sendiri.

Seperti ribuan pelajar menengah lain, Tuhfah menjalani Pembelajaran Di Rumah (HBL) menggunakan sebuah portal online dipanggil Ruang Pembelajaran Pelajar (SLS).

Kaedah itu sudahpun mula dijalani para pelajar sekolah rendah setiap Rabu bermula semalam (1 Apr).

Jadi bagaimana kaedah ini dijalankan?

"Guru-guru memuatnaikkan bahan pembelajaran di platform SLS dan ini membolehkan saya merujuk kembali kepada platform SLS apabila saya ingin mengulangkaji pelajaran. Platform SLS ini juga sangat membantu saya kerana saya dapat melihat jawapan kawan-kawan saya yang lain," kongsi Tuhfah.

Seperti dalam bilik darjah, Tuhfah tidak sendirian. Ada 35 murid sedarjahnya turut mengikuti pembelajaran serentak bersama guru mereka secara 'siaran langsung'.

Kerja rumah yang diberikan guru sekolah pula perlu dimuatnaikkan di portal dalam tempoh 48 jam.

Bagi Tuhfah, yang turut mengikuti pelajaran matematik menerusi cara itu, pengalaman hari ini boleh dikatakan memuaskan.

"Melalui aplikasi Zoom saya boleh melihat dan mendengar guru saya jadi saya rasa saya berolah-olah berada di dalam sekolah walaupun saya di rumah. Aplikasi Zoom ini juga membolehkan saya mengajukan soalan kepada guru dan guru juga dapat menjawab soalan secara langsung," ujarnya.

'GANGGUAN' DI RUMAH

Remaja 16 tahun itu mengakui memang ada 'gangguan' belajar dari rumah seperti kemasukan mesej-mesej dari telefon bimbit dan juga 'keselesaan rumah'.

Pelajar Nur Tuhfah Izzah Md Roslan melalui pembelajaran dari rumah bersama keluarga. (Gambar-gambar: Nur Hasanah/BERITAmediacorp)

Satu lagi isu ialah ketiadaan komputer riba peribadi.

"Cabaran saya yang utama adalah laptop. Sebab kadang-kadang mereka semua mahu gunakan komputer riba pada satu masa. Jadi untuk Tuhfah, anak yang tiga-tiga ini, mereka semua tidak mempunyai komputer riba sendiri. Mereka, abangnya dan kakaknya yang di institusi tinggi, mereka terpaksalah di politeknik. Jadi saya harus meminta izin kakak dan abang untuk meminjamkan adik mereka laptop ini," kata ibu Tuhfah, Cik Junaidah Rajab.

Namun demikian , bagi para pelajar yang tiada komputer bimbit, mereka boleh meminjamnya dari sekolah.

Cik Junaidah yakin kaedah ini baik memandangkan ia mendedahkan Tuhfah supaya lebih cekap menggunakan teknologi, selain berasa bahawa keselamatan anak beliau terjamin di tengah-tengah wabak COVID-19. 

Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan