Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembekal SG terus import buah goji dari China sedang siasatan penggunaan kimia dijalankan

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Peruncit di Singapura akan terus mengimport buah goji
dari China, sedang pihak berkuasa negara itu menyiasat dakwaan bahawa kimia berbahaya digunakan.

Yue Hwa dan Hockhua, dua peruncit yang menjual buah goji di sini, memberitahu Mediacorp bahawa produk mereka tertakluk kepada pemeriksaan mutu dan menjalani ujian di makmal, yang membuatnya selamat untuk dimakan.

Siasatan tersebut dijalankan selepas penyiar tempatan CCTV melaporkan pada Ahad (1 Ogos) tentang penggunaan natrium metabisulfit, sebagai pewarna, secara berlebihan di dalam produk buah goji di wilayah utara Qinghai dan Gansu.

Pemeriksaan yang dijalankan ke atas buah goji kering di Singapura menunjukkan keputusan "memuaskan" setakat ini, dedah Agensi Makanan Singapura (SFA) pada Selasa (3 Ogos), dalam respons kepada pertanyaan Mediacorp.

SFA menambah bahawa pebagai jenis sulfit, termasuk metabisulfit, adalah bahan pengawet yang dibenarkan seluruh dunia dan dibenarkan untuk digunakan bagi buah kering jika ia disimpan dalam had yang disetujui.

"Kami ingin memberi jaminan kepada orang ramai bahawa buah goji kami tidak terkesan oleh isu ini," kata Yue Hwa, peruncit yang pakar dalam produk China.

Ia menambah bahawa buah gojinya diperolehi dari Ningxia, jauh dari kawasan yang sedang disiasat.

Yue Hwa menyatakan bahawa ia melaksanakan pemeriksaan secara berkala, tidak kira keadaan.

Dalam ujian mutu produk terkini yang dijalankan pada Mei 2024, ia disahkan bahawa tiada kimia berbahaya dikesan di dalam buah gojinya, tambah Yue Hwa.

Hockhua, yang mempunyai hampir 80 kedai di Singapura dan Malaysia yang menjual produk kesihatan China, menyatakan ia hanya mengimport barang daripada pembekal terkemuka, dan buah gojinya selamat untuk dimakan.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan