Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembekal pelitup tambah tempahan bekalan sebanyak 30 peratus jelang musim jerebu

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 22 Jun 2023 06:14PM Dikemas Kini : 22 Jun 2023 11:15PM
SINGAPURA: Dengan musim jerebu dijangkakan bermula tidak lama lagi, perniagaan setempat kini sedang bersiap sedia bagi menampung permintaan lebih tinggi untuk pelitup dan alat pembersih udara.
Pembekal pelitup meningkatkan tempahan bekalan sebanyak 30 peratus, manakala satu lagi firma menyatakan lebih ramai keluarga sedang berusaha untuk tingkatkan mutu udara di rumah.

Pandemik mungkin sudah berlalu namun tidak lama lagi orang ramai mungkin perlu memakai pelitup kembali.

Kali ini, ia digunakan untuk melindungi diri daripada debu dan zarah habuk sedang Asia melangkah ke musim kering.

Asia dilanda gelombang haba dan suhu yag memecah paras rekod sejak April, dengan Singapura tidak terkecuali.

Keadaan dijangka bertambah buruk sedang para saintis meramalkan fenomena El Nino kembali mencengkam tahun ini.

Ini bermakna keadaan cuaca lebih panas terik dan curahan hujan yang berkurangan.

Ia sekali gus boleh mencetuskan kebakaran hutan hingga mengundang risiko lebih tinggi bagi jerebu.

Sedang penduduk setempat bersiap sedia bagi kemungkinan keadaan jerebu, sebuah syarikat pembekal perubatan menyatakan ia sudah menjual tiga kali lebih banyak pelitup N95 sepanjang beberapa minggu lalu.

Meskipun pelitup boleh membantu orang ramai yang berada di luar, ada keluarga juga ingin menghirup udara lebih bersih di rumah.

Syarikat elektronik, Dyson, menjual pelbagai jenis alat pembersih udara.

Sewaktu kejadian jerebu rentas sempadan pada 2019, ia mendapati 25 peratus lebih ramai pelanggan menghubungkan mesin mereka kepada aplikasinya.

Menurut Jabatan Kaji Cuaca jerebu tahun ini diramalkan lebih buruk dan berlarutan sehingga Oktober.

Pasukan bertindak jerebu tempatan sudahpun bersiap siaga bagi menangani pencemaran udara musiman.

Ia menasihati orang ramai supaya memakai pelitup N95 dan menggunakan alat pembersih udara apabila jerebu melanda.
Sumber : CNA/FZ/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan