Pembedahan lutut lebih tepat, cekap di Hospital Alexandra dengan algoritma baharu AI

(Dari kiri) Dr Glen Liao, pakar bedah orthopedik, Hospital Alexandra bersama Dr Matthew Ng dan Encik Ryan Loke, pelajar perubatan tahun akhir menunjukkan algoritma bedasarkan AI bagi pembedahan penggantian lutut menyeluruh yang meningkatkan ketepatan dan kecekapan. (Gambar: Hospital Alexandra).
Pasukan pembedahan orthopedik di Hospital Alexandra sudahpun menggunakan teknologi itu ke atas sekitar 200 pesakit sejak 2023.
Pembedahan penggantian lutut menyeluruh, yang melibatkan penggantian tisu lutut rosak dengan sendi buatan yang sering diperbuat oleh campuran besi, seramik dan plastik, adalah antara prosedur orthopedik yang paling sering dijalankan, menurut Hospital Alexandra dalam kenyataan media pada Selasa (11 Feb).
Nisbah pesakit berusia 65 tahun ke atas yang mendapatkan prosedur ini meningkat 2.7 kali ganda di antara 1999 dengan 2019, menurut hospital itu.
Pembedahan penggantian lutut menyeluruh secara robotik, yang melibatkan menggunaan tangan robotik untuk membantu pakar bedah, khususnya, kini menjadi lebih popular sejak lima tahun lalu disebabkan ketepatan dan potensinya untuk hasil yang lebih baik buat pesakit, tambah Hospital Alexandra.
MENGAUTOMASIKAN PROSES MANUAL
Bercakap kepada Mediacorp, Dr Glen Liau, yang juga sebahagian daripada pasukan yang membuat algoritma berkenaan, berkata bahawa terdapat banyak pilih atur (permutation) dan kombinasi untuk penempatan implan.
Sebagai contoh, implan tulang sisi femur - satu daripada dua implan yang biasanya diletakkan di lutut - boleh digerakkan ke atas atau ke bawah, dipusingkan ke dalam atau ke luar, dan diputar secara dalaman atau luaran, jelasnya.
"Algoritma kami dapat menimbangkan beribu-ribu pilih atur dan dalam masa 0.1 saat, menyusunnya mengikut anatomi unik, dan khusus kepada pesakit serta matlamat pakar bedah," katanya.
"Dengan berbuat demikian, kami berharap dapat mencapai kedudukan implan paling optimum yang dirancang untuk pesakit yang menjalani pembedahan lutut robotik."
Pada masa ini, proses ini dilakukan secara manual, dan mengambil masa kira-kira 15 minit, menurut Hospital Alexandra.
"Di bawah tekanan masa, pakar bedah mungkin menguji hanya dua atau tiga penyelesaian sebelum menetapkan satu untuk dilaksanakan, dan ini tidak optimum, dalam suasana teater pembedahan dengan pesakit di atas meja pembedahan di bawah bius am," tambah AH.
KEBAIKAN PENGGUNAAN ALGORITMA
Dr Matthew Ng, yang ketika itu seorang pelajar dan bersama-sama membangunkan algoritma itu bersama rakan pelajar Ryan Loke, berkata pada masa ini tiada pengiraan yang salah atau implan lutut robotik yang diletakkan tidak tepat.
"Algoritma kami menghasilkan beribu-ribu penyelesaian, tetapi pada akhirnya, pakar bedahlah yang memilih penyelesaian dan memasukkannya semula ke dalam sistem robotik," katanya.
"Kami mempunyai semakan dan imbangan dalam algoritma kami juga untuk memastikan bahawa di dalam kejadian yang jarang berlaku bahawa tiada penyelesaian, ia memberitahu pakar bedah dan mencadangkan cara untuk membetulkan atau menyelesaikan isu itu."
Dr Liau berkata bahawa terdapat faedah selain ketepatan.
"Pesakit kami boleh menjalani pembedahan mereka dalam tempoh yang lebih singkat, untuk dapat menyelesaikan pembedahan dan menutup luka, berpotensi menyebabkan kehilangan darah yang lebih rendah, mengurangkan jumlah penggunaan dan tempoh bius, dan berpotensi mengurangkan risiko jangkitan," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.