Pembayaran digital kian dapat sambutan peniaga bazar Ramadan, tingkat penjualan dan permudah urus niaga
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sudah semakin jarang kelihatan pengunjung di bazar Ramadan menyelak dompet mencari wang kertas hijau, ungu atau merah ketika membuat bayaran.
Sebaliknya, semakin ramai kini hanya mengeluarkan telefon bimbit dan mengimbas kod QR di gerai untuk membayar.
Perubahan ini bukan sahaja memudahkan pelanggan, malah turut mengubah cara peniaga bazar Ramadan mengurus perniagaan mereka.
Jika sebelum ini peniaga perlu mengira wang tunai selepas operasi hingga lewat malam, kini dengan semakin ramai yang beralih kepada pembayaran digital, ia memudahkan urusan jualan, operasi dan rekod kewangan di belakang tabir.
Pendigitalan ini semakin ketara sejak beberapa tahun lalu, terutamanya semasa pandemik Covid-19 yang mempercepatkan penggunaan pembayaran tanpa sentuh, seperti PayNow dan PayLah.
Malah tahun ini, usaha menggalakkan pembayaran digital diperkukuh di Bazar Ramadan Geylang Serai menerusi kerjasama dengan platform Grab melalui inisiatif Grab Dine Out, yang menawarkan diskaun sebanyak lima peratus kepada pengunjung yang membuat pembayaran melalui aplikasi tersebut di gerai-gerai yang menyertainya.
INISIATIF PENDIGITALAN GRAB DINE OUT BANTU TINGKAT JUALAN
Tinjauan Berita Mediacorp di bazar tersebut mendapati beberapa peniaga turut mengambil peluang menyertai inisiatif Grab Dine Out bagi menarik lebih ramai pelanggan serta memanfaatkan promosi yang ditawarkan melalui platform itu.
Antaranya ialah pemilik Krumbz N Kraves, Cik Ellyana Roslani, yang menjual cemilan makanan jalanan seperti Sotong Argentia, cendawan goreng dan Ayam Shihlin antara lain.
Bagi Cik Ellyana, 44 tahun, penyertaan dalam inisiatif Grab Dine Out di Bazar Geylang Serai membantu menarik lebih ramai pelanggan serta memperluaskan pendedahan perniagaannya.
Sejak menyertai platform tersebut, beliau berkata jumlah pelanggan serta transaksi melalui aplikasi meningkat dengan ketara.
“Jualan melalui transaksi Grab meningkat sekitar 20 hingga 30 peratus. Bagi saya peningkatan ini agak signifikan, terutama pada waktu sibuk dan hujung minggu,” kata ibu kepada empat orang anak itu.
Misalnya, jika jualan harian mencecah sekitar $5,000, sekitar $1,000 daripadanya datang daripada transaksi melalui platform tersebut, ujar beliau.
Beliau menambah bahawa promosi yang ditawarkan melalui aplikasi turut mempengaruhi pilihan pelanggan.
“Kalau ada diskaun lima peratus, pelanggan lebih cenderung memilih harga yang lebih rendah berbanding membayar harga penuh,” jelasnya.
Cik Ellyana, yang menguruskan kedai dengan bantuan suami serta beberapa kakitangan lain, berkata inisiatif demikian turut meningkatkan keterlihatan perniagaan berbanding hanya bergantung kepada pelanggan yang lalu di bazar.

Walaupun terdapat yuran komisen dan sebahagian kecil kos promosi yang perlu ditanggung peniaga, Cik Ellyana berkata beliau tidak keberatan kerana ia membantu menarik lebih ramai pelanggan.
“Kita mungkin rugi sedikit, tetapi kalau itu boleh bawa masuk pelanggan, bagi saya ia masih berbaloi,” katanya.
MASA MENUNGGU DIKURANGKAN
Antara kesan paling ketara ialah urusan di gerainya yang kini menjadi lebih pantas terutama ketika waktu sibuk apabila barisan pelanggan semakin panjang.
"Dengan pembayaran digital, setiap pelanggan dapat dilayan dalam masa kurang dua minit, kecuali bagi pesanan yang perlu dimasak di tempat seperti corndog atau cendawan goreng," jelas Cik Ellyana.
“Kalau boleh, kita pastikan pelanggan tidak menunggu terlalu lama. Paling lama pun sekitar lima minit sahaja,” tambahnya lagi.
PELANGGAN LEBIH CENDERUNG BELI DALAM JUMLAH LEBIH BANYAK
Bukan sahaja di Bazar Geylang Serai, pembayaran digital seperti PayNow dan PayLah turut mempengaruhi corak pembelian pelanggan di bazar Ramadan lain, termasuk BazaRia Marsiling yang terletak di padang terbuka sebelah stesen MRT Woodlands.
Perkara ini diperhatikan Cik Nurmaya Mohamed Salleh, pemilik gerai Roti Cocok Langit dan Charkoi di BazaRia Marsiling.
Kemudahan pembayaran digital memudahkan pelanggan membuat pembelian dalam jumlah lebih baik, tambahnya lagi.

Mengambil promosi di gerai Roti Cocok Langit sebagai contoh, beliau berkata: “Apabila ada promosi seperti tiga roti untuk $11 atau enam roti untuk $20, pelanggan cenderung membeli dalam jumlah lebih banyak dan membuat pembayaran terus melalui PayNow."
Beliau menganggarkan sekitar 80 peratus daripada transaksi di gerainya kini dilakukan secara digital.
Meskipun begitu, masih terdapat segelintir pelanggan, khususnya golongan lebih berusia, yang lebih selesa menggunakan wang tunai.
URUSAN BELAKANG TABIR DIPERMUDAH
Peralihan kepada pendigitalan turut memudahkan proses menjejak jualan harian tanpa perlu mengira wang tunai secara manual.
“Pembayaran digital memudahkan kami menjejak aliran wang masuk dan keluar. Kita juga boleh tahu jualan harian dengan lebih jelas, jadi kalau ada kekurangan atau lebih, kita boleh kesan dengan cepat,” kata Cik Nurmaya yang menguruskan kededua gerainya bersama keluarganya.
Selain itu, rekod digital juga memudahkan pengurusan stok serta membantu peniaga mengenal pasti corak jualan dari hari ke hari.

PENDIGITALAN PENTING UNTUK KEKAL BERDAYA SAING
Dengan pengalaman berniaga selama lebih 13 tahun, Cik Ellyana percaya pendigitalan kini menjadi faktor penting untuk terus bersaing dalam pasaran semasa.
Pandangan itu turut dikongsi Cik Nurmaya, yang melihat penggunaan pembayaran digital sebagai antara cara untuk menyesuaikan perniagaan dengan tabiat pelanggan masa kini.
Malah, hampir kesemua peniaga menawarkan sekurang-kurangnya satu kaedah pembayaran digital seperti PayNow atau PayLah, menurut pemerhatian Berita Mediacorp di Bazar Ramadan Geylang Serai dan BazaRia Marsiling.

Sumber : BERITA Mediacorp/bk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.