Pembantu rumah yang ganas dengan budak kecil dijatuhi hukuman penjara
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pembantu rumah djatuhi hukuman penjara 10 bulan pada Khamis (25 Ogos) setelah memperlakukan seorang budak kecil berusia 22 bulan dengan keras selama berminggu-minggu.
Sri Eha Santika Sari, 29 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan sengaja menyebabkan kesakitan termasuk lima insiden pada Ogos 2021.
Tuduhan yang lain termasuk kesalahan melakukan tindakan terburu-buru yang membahayakan keselamatan budak kecil tersebut, turut dipertimbangkan semasa hukuman dijatuhkan.
Pembantu rumah berkenaan mula bekerja dengan keluarga mangsa pada Disember 2020. Dia mengaku memperlakukan budak kecil tersebut dengan ganas dari Jun 2021.
Ini termasuk memukul budak kecil itu, menjentik telinganya, menarik rambutnya, menghentak kepalanya dan memukul kakinya.
Dia juga menolak budak kecil itu dengan keras ke sebuah tilam sedang dia cuba bergerak, ataupun menarik tangan dan kaki budak kecil itu apabila dia meronta atau tidak tidur.
Tindakannya disedari apabila bapa mangsa memeriksa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di bilik anak perempuannya pada 28 Ogos tahun lalu.
Beliau ternampak Sri Eha Santika Sari menggenggam tangan dan peha budak kecil itu lalu menghayunnya dengan ganas ke atas tilam.
Bapa mangsa bersemuka dengan pembantu rumah pada masa itu juga, tetapi dia menafikan sebarang salah laku. Dia lalu menyemak semula rakaman CCTV yang lepas, di mana ia mendedahkan beberapa kejadian sebelum ini yang melibatkan pengendalian ganas.
Rakaman video yang disiarkan di mahkamah menunjukkan Sri Eha Santika Sari beberapa kali memperlakukan budak tersebut secara kasar dari 17 Ogos sehingga 28 Ogos 2021.
Dalam satu insiden, budak kecil itu dilihat cuba berdiri ketika pembantu rumah itu menepuknya untuk tidur. Namun, pembantu rumah tersebut dilihat menolak kepala budak itu ke bantal dan memukul kepalanya.
Mangsa mengalami kesakitan dan seringkali menangis disebabkan tindakan tersebut, tetapi tidak dapat meminta bantuan disebabkan umurnya yang kecil.
Selepas kejadian pada 28 Ogos 2021, Sri Eha Santika Sari terus tinggal di flat tersebut tetapi dihentikan daripada menjaga mangsa.
Bapa mangsa akhirnya membuat aduan polis pada 26 September 2021. Tiada kecederaan dikesan apabila mangsa dibawa ke hospital pada hari seterusnya.
Timbalan Pendakwa Raya Sruthi Boppana menjatuhkan hukuman penjara lapan hingga 10 bulan, sambil berhujah bahawa budak kecil itu merupakan mangsa memandangkan umurnya.
Budak kecil itu tidak berdaya sepenuhnya memandangkan dia tidak dapat mendapatkan bantuan dan perbezaan fizikalnya dengan pesalah, kata pendakwa.
Tambahan pula, pembantu rumah itu diberi kepercayaan untuk menjaga budak kecil berkenaan tetapi disalahgunakan kepercayaan tersebut apabila berseorangan dengan budak itu, kata Cik Boppana.
Eha Santika Sari merayu agar hukuman diringankan, sambil berkata hukuman yang panjang bermakna dia tidak dapat meraih pendapatan untuk menghantar anaknya ke sekolah.
Hakim Daerah Kamala Ponnampalam berkata meskipun tiada kecederaan dijumpai pada budak tersebut, rakaman CCTV menunjukkan tahap kekerasaan yang dilakukan.
Beliau menarik perhatian bahawa kesalahan itu kelihatan berterusan dengan "agak kerap" selama tempoh dua atau tiga minggu dan mujur bapa mangsa mendapat tahu mengenainya sebelum ia lebih berlarutan.
Pembantu rumah itu boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 12 tahun. Dia juga boleh dijatuhi hukuman yang dipertingkatkan kerana mangsa berusia di bawah umur 14 tahun dan tuduhan yang diteruskan itu menggabungkan beberapa kesalahan.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.