Pembantu rumah kelima didenda $1,000 kerana gaduh dengan amah lain dek video TikTok
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pembantu rumah, yang kelima dalam kes ini, didenda S$1,000 oleh mahkamah kerana bergaduh dengan pembantu rumah lain dekat stesen MRT Paya Lebar, di mana kejadian itu tular menerusi online.
Rakyat Indonesia, Siti Rukayah Kusni, 48 tahun mengaku bersalah pada Isnin (27 Jan) terhadap satu tuduhan bergaduh kerana terlibat dalam pergaduhan antara dua kumpulan pembantu rumah yang tidak berhubungan baik.
Kumpulan pertama terdiri daripada Sriani dan Maesaroh, yang mengaku bersalah pada Ogos dan September 2024.
Mereka berdua juga dikenakan denda S$1,000 setiap seorang.
Permit kerja Sriani ditarik balik selepas didakwa.
Siti merupakan individu terakhir daripada tiga pembantu rumah dalam kumpulan kedua untuk mengaku bersalah dan dijatuhi hukuman.
Lagi dua individu, Sulastri dan Nita Widia Rahayu, masing-masing didenda S$1,000 pada Oktober 2024.
Pergaduhan itu berlaku pada 19 Mei 2024, tercetus selepas Sriani memuat naik video TikTok yang menghina Sulastri.
Disebabkan itu, kedua-dua kumpulan pembantu rumah itu tidak mempunyai hubungan yang baik.

Siti diwakili oleh Nakoorsha Law Corporation.
Sebagai mitigasi, peguamnya memohon denda S$1,000 selaras dengan pembantu rumah lain yang sudah pun dijatuhi huukman kerana "tiada perbezaan ketara" dari segi pelibatannya dalam pergaduhan itu dengan individu yang lain.
Hukuman bagi kesalahan bergaduh adalah penjara sehingga setahun, denda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.