Pembantu rumah dipenjara 8 minggu selepas majikan 94 tahun cedera di kepala
Anggaran Waktu Membaca:
Mahkamah Negara Singapura. (Gambar fail: CNA/Jeremy Long)
SINGAPURA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia dijatuhi hukuman penjara lapan minggu selepas bergelut dengan majikannya yang berusia 94 tahun untuk merebut tongkat sehingga warga emas itu terjatuh dan cedera di kepala.
Sulastri Wulandari, 31 tahun, dijatuhi hukuman itu pada Jumaat (14 Ogos) selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan mencederakan seorang individu rentan akibat perbuatan terburu-buru.
Sulastri merupakan penjaga mangsa dan membantunya melakukan kegiatan harian.
Mereka berdua merupakan para penghuni unit tersebut dan tidur di bilik berasingan.
Pada sekitar 10.40 malam 21 Februari lalu, Sulastri berada di biliknya apabila mangsa mengetuk pintu dan memintanya membawa beliau keluar untuk mendapatkan makanan.
Sulastri membuka pintu dan memberitahu mangsa bahawa beliau sudah makan sebelum menutup pintu dengan kuat.
Warga emas itu kemudian mengambil tongkatnya dari ruang tamu dan memukul pintu bilik Sulastri berulang kali selama kira-kira 10 saat.
Apabila Sulastri membuka pintu dan melihat mangsa memegang tongkat, dia hilang sabar.
Sulastri memegang tongkat itu dan cuba merampasnya daripada mangsa dengan menolak mangsa sambil menarik tongkat tersebut ke arah dirinya sendiri.
Kedua-duanya bergelut selama sekitar 20 saat, dengan Sulastri turut cuba melepaskan tangan mangsa daripada tongkat itu.
Menurut dokumen mahkamah, Sulastri sedar tindakannya boleh membahayakan mangsa memandangkan usianya.
Mangsa kemudian hilang keseimbangan lalu terjatuh ke belakang sehingga kepalanya terhantuk pada dinding.
Kepala mangsa mula berdarah dan Sulastri segera memberikan bantuan kepadanya.
Kejadian itu dirakam kamera litar tertutup (CCTV).
Sekitar 11.20 malam, Sulastri memaklumkan anak saudara mangsa mengenai kejadian tersebut sebelum mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Doktor mendapati terdapat luka sepanjang dua sentimeter pada kulit kepala mangsa serta pendarahan antara otak dengan lapisan luarnya.
Mangsa dirawat di hospital dari 22 hingga 25 Februari.
PIHAK PENDAKWAAN MOHON SEKURANG-KURANGNYA 9 MINGGU PENJARA
Pihak pendakwaan memohon hukuman penjara sekurang-kurangnya sembilan minggu dengan berhujah bahawa mangsa mengalami kecederaan yang serius akibat terjatuh.
Timbalan Pendakwa Raya Andrew Chia berkata rakaman CCTV menunjukkan mangsa berada dalam keadaan lemah disebabkan usianya dan mempunyai keterbatasan fizikal.
Encik Chia berkata mangsa turut bergantung kepada Sulastri bagi beberapa kegiatan harian, termasuk memerlukan bantuannya untuk keluar dari rumah bagi mendapatkan makanan.
Pihak pendakwaan turut menyifatkan tindakannya setelah diberikan kepercayaan dan tahap kesalahan Sulastri sebagai faktor yang memberatkan hukuman.
Ini kerana dia diambil bekerja untuk menjaga keperluan mangsa dan tinggal bersendirian bersama warga emas itu.
Namun, pihak pendakwaan mengambil kira pengakuan bersalah Sulastri pada peringkat awal serta kerjasamanya dengan pihak berkuasa sebagai faktor yang meringankan hukuman.
Sulastri, yang tidak diwakili peguam, memohon maaf atas tindakannya dan meminta hukuman diringankan.
Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan dengan bertindak terburu-buru, dia boleh dipenjara sehingga setahun, didenda sehingga S$5,000 atau kedua-duanya sekali.
Oleh sebab mangsa dianggap sebagai individu rentan di bawah undang-undang, hukuman maksimum bagi kesalahan tersebut boleh digandakan.

Sumber : CNA/FD/fd
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.