Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembantu kedai Bobbi Brown di ION Orchard cedera selepas panel kaca pecah

Seorang pembantu kedai cedera selepas panel kaca di cawangan Bobbi Brown di ION Orchard pecah pada hari pertama pembukaan semula pusat beli-belah itu hari ini (16 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Pembantu kedai Bobbi Brown di ION Orchard cedera selepas panel kaca pecah

ION Orchard ditutup empat hari selepas beberapa kes COVID-19 dikaitkan dengan pusat beli-belah itu. (Gambar: Raj Nadarajan/TODAY)

Diterbitkan : 16 Jun 2021 07:06PM Dikemas Kini : 16 Jun 2021 07:11PM

SINGAPURA: Seorang pembantu kedai cedera selepas panel kaca di cawangan Bobbi Brown di ION Orchard pecah pada hari pertama pembukaan semula pusat beli-belah itu hari ini (16 Jun).

ION Orchard sebelum ini ditutup selama empat hari dari Sabtu lalu (12 Jun) sebagai langkah berjaga-jaga selepas beberapa kes COVID-19 dikaitkan dengan pusat beli-belah itu.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, pusat beli belah itu menyatakan insiden tersebut berlaku pada sekitar 11.00 pagi di kedai Bobbi Brown.

Sebuah panel kaca jatuh berkecai sewaktu kedai itu dibuka oleh pembantu kedai, menurut ION Orchard kepada Mediacorp.

Pekerja berkenaan mengalami luka-luka dan diberi pertolongan cemas oleh seorang pegawai ION Orchard.

Individu itu kemudian dibawa ke Hospital Besar Singapura, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

"Kami sedang berhubungan dengan pekerja Bobbi Brown itu dan pihak pengurusannya, dan akan menghulurkan sokongan tambahan sewajarnya," jamin ION Orchard.

SELURUH PUSAT BELI-BELAH "DIBERSIHKAN SECARA MENYELURUH"

Pusat beli-belah itu dibuka pada Rabu dengan kelulusan daripada Kementerian Kesihatan (MOH), tambah ION Orchard dalam satu kenyataan berasingan.

ION Sky akan dibuka semula kepada pengunjung dengan langkah-langkah pengurusan selamat dipertingkat sudah dilaksanakan.

Seluruh pusat beli-belah itu "dibersihkan secara menyeluruh dan dibasmi kuman" sejajar dengan garis panduan pihak berkuasa sewaktu tempoh penutupan.

Semua kakitangan dan peniaga termasuk kontraktor dan pembekal barangan yang bekerja di pusat beli-belah itu antara 28 Mei dengan 11 Jun - juga dikehendaki menjalani ujian swab sewaktu tempoh penutupan itu, menurut MOH sebelum ini.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan