Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembantu doktor berkait kumpulan Healing the Divide dikenakan tuduhan lebih serius

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pembantu doktor yang dikaitkan dengan Kumpulan Healing the Divide, hari ini (28 Jan) dikenakan tuduhan lebih serius kerana bersubahat untuk menipu Kementerian Kesihatan (MOH) dan dia direman selama lagi seminggu.

Thomas Chua Cheng Soon, 40 tahun, memberitahu mahkamah bahawa dia berasa tidak "layak" atas pertuduhan tersebut kerana dia hanya sekadar mengikut arahan sebagai orang tengah.

Chua direman sejak 21 Januari dan tidak diwakili peguam.

Dia pada asalnya didakwa atas satu tuduhan bersubahat dengan doktor Jipson Quah dan pesakit Mehrajunnisha untuk menipu MOH, dengan menyatakan di portal kesihatan negara bahawa Mehrajunnisha diberi vaksin Sinopharm, walaupun dia tahu ini adalah palsu.

Dengan itu, MOH menyerahkan sijil vaksinasi untuk Mehrajunnisha.

Pertuduhan itu boleh membawa dihukum penjara sehingga tiga tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Hari ini, pertuduhan Chua diubah kepada yang lebih serius, mencerminkan pertuduhan baru yang dikenakan terhadap Quah pada Selasa (25 Jan).

Chua kini dituduh bersubahat dengan Quah dan Mehrajunnisha kerana tidak jujur membuat pernyataan palsu kepada MOH berhubung vaksin Sinopharm tersebut.

Di bawah pertuduhan baru itu, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Samuel Yap pada pagi tadi meminta Chua direman lebih lanjut. Beliau berkata polis sudah memberi kemas kini yang menyatakan "tahap penipuan yang dilakukan adalah agak ketara", maka kehadiran Chua diperlukan untuk menyelesaikan siasatan dan mendapatkan semula bukti.

Apabila hakim bertanya kepada Chua sama ada dia mempunyai sesuatu untuk dikatakan dari tempat remannya, Chua berkata: "Saya percaya saya sudah membuat kenyataan yang menyatakan bahawa saya mohon hukuman diringankan."

"Saya tidak fikir saya layak dikenakan tuduhan bersubahat ini kerana saya hanya mengikut arahan daripada Jipson untuk melakukan kesalahan itu. Saya hanya orang tengah," katanya.

Chua akan kembali dihadapkan ke mahkamah pada 4 Februari.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan