Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembangunan, penggunaan AI, perlu panduan antarabangsa, kata DPM Wong

Pemerintah, pemain industri dan orang ramai digesa supaya menerajui pembangunan kecerdasan buatan (AI) yang dilihat sebagai pencetus perubahan ('game changer') yang menjadi pemangkin kepada usaha bagi penggunaannya di peringkat tentera dan awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembangunan, penggunaan AI, perlu panduan antarabangsa, kata DPM Wong

Gambar: Instagram/matteoperegodicremnago

SINGAPURA: Pemerintah, pemain industri dan orang awam digesa supaya menerajui pembangunan kecerdasan buatan (AI) yang dilihat sebagai pencetus perubahan ('game changer') yang menjadi pemangkin kepada usaha bagi penggunaannya di peringkat ketenteraan dan awam.

Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong berkata demikian di Sidang Puncak Teknologi Pertahanan Singapura pada Khamis (23 Mac).

Menurut DPM Wong, persoalan utama adalah bagaimana untuk memanfaatkan dengan sebaik mungkin teknologi sedemikian tanpa kesan paling buruk.

Justeru, beliau menggesa ditetapkan norma-norma dan garis panduan antarabangsa, memandangkan sesetengah negara sudahpun berbuat demikian.

"Walaupun kita adalah sebuah negara kecil, Singapura akan memainkan peranan, terutamanya sebagai hab teknologi di Asia Tenggara," kata Encik Wong pada hari kedua sidang puncak itu.

"Selain daripada mengambil bahagian secara aktif dalam forum seperti Kerjasama Global mengenai AI, kami baru-baru ini melancarkan "AI Verify", yang merupakan kit alat ujian pertama di dunia untuk membantu syarikat menilai dan mengesahkan secara objektif sama ada produk AI mereka bertanggungjawab dan memenuhi prinsip antarabangsa utama," tambah beliau.

Menyentuh tentang persekitaran geopolitik, Encik Wong menekankan betapa pentingnya untuk mengutamakan diplomasi dalam era persaingan dan keyakinan yang semakin terhakis.

Beliau menyeru negara-negara dunia supaya jangan setakat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi masing-masing, tetapi juga seteru dan pesaing mereka.

"Kita perlu belajar bagaimana untuk mengetepikan perbezaan, dan menumpukan pada bidang kepentingan bersama, di mana kita boleh bekerjasama. Itulah cara kita boleh mula membina kepercayaan, iaitu sesuatu yang penting.

"Ini kerana apabila tiada lagi kepercayaan, maka semua harapan juga musnah," ujar DPM Wong.
Sumber : CNA/HA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan