Pembangunan bersepadu Bandar Chong Pang dijangka siap pada 2027
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penduduk Yishun setapak lagi lebih dekat untuk menikmati sebuah pembangunan bersepadu dipanggil Bandar Chong Pang.
Upacara pecah tanah projek itu berlangsung pada Ahad (26 Mac) dan ia dijangka siap dibina pada 2027.
Setinggi tujuh tingkat, kemudahan itu mempunyai ciri-ciri mesra alam, inklusif dan bijak.
Tapak tanah itu bakal menempatkan kemudahan baru seperti kolam renang, bilik belajar dan kebun masyarakat apabila siap nanti.
Pembangunan bersepadu itu juga akan menempatkan Pusat Penjaja dan Pasar Chong Pang yang popular di kalangan penduduk Yishun.
"Kami sudah tinjau negara-negara lain seperti Jepun dan Korea Selatan, jadi kami cuba untuk membuatnya lebih teratur tapi masih lagi sebuah pasar basah kerana saya fikir penduduk kami mahukan suasana pasar basah. Jadi ia sebuah pasar basah, tapi kami berinya sentuhan lebih moden. Itulah yang cuba kami capai," kata Anggota Parlimen Nee Soon GRC K Shanmugam.
Bangunan baru itu nanti akan mempunyai ciri-ciri mesra warga emas dan mesra golongan kurang upaya.
Ia juga akan lebih mesra alam kerana memaksimumkan pengaliran udara dan pencahayaan semula jadi, serta mengurangkan penggunaan tenaga elektrik.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong yang turut menghadiri upacara pecah tanah ini siang tadi berkata Chong Pang banyak berubah berbanding sekurun lalu.
Ketika itu, ia hanyalah sebuah hutan rimba dengan 100 isi rumah.
Disebabkan ia tidak membangun sebagaimana estet berdekatan seperti Ang Mo Kio, orang ramai tidak begitu berminat untuk tinggal di Chong Pang, kata PM Lee.
Namun segala-galanya berbeza sekarang.
"Nee Soon adalah tempat yang meriah dan berkembang maju serta mesra keluarga. Mempunyai pelbagai kemudahan dan program serta penduduknya sangat gembira tinggal di sini. Saya fikir sekarang para AP Nee Soon mendapat banyak permintaan daripada generasi penduduk seterusnya yang ingin membeli flat baru mereka di Nee Soon dan saya rasa sebilangan flat baru akan muncul," kata PM Lee.
Penguasa Tanah Singapura (SLA) menyatakan teknologi akan digunakan untuk menguruskan pembangunan itu nanti.
Menggunakan sejenis model maya, sitem teknologi itu akan menyenggara dan menguruskan Bandar Chong Pang secara masa nyata.
Ini bukan sahaja mengurangkan penggunaan tenaga manusia, tetapi juga membantu pihak berkuasa mengesan serta mencegah isu-isu penyenggaraan dengan lebih awal.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.